Cristiano Ronaldo dilaporkan telah kembali ke Manchester untuk berbincang mengenai masa depannya di Old Trafford.
Pemain berusia 37 tahun itu tidak menyertai jelajah pra-musim United dengan alasan urusan keluarga dan setakat ini masih belum bekerjasama dengan pengurus baharu Erik ten Hag.
Setakat ini Ronaldo masih cenderung dengan pilihan untuk meninggalkan Manchester United buat kali kedua kerana mahu terus beraksi di kejohanan elit Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Cristiano Ronaldo finally back in Manchester today as reported by @David_Ornstein – he will discuss with Man United. Erik ten Hag, waiting to meet with Cristiano as he wants to change his mind. 🚨🛩 #MUFC
J. Mendes, pushing to find a solution. Man Utd insist he's not for sale. pic.twitter.com/VsgbBUp1ts
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 25, 2022
Sebelum ini beliau telah dikaitkan dengan beberapa pasukan seperti Bayern Munich dan Chelsea, namun laporan terbaharu menyebut Atletico Madrid juga menjadi salah satu destinasi pilihan penyerang Portugal tersebut.
Dalam kempen buruk United pada musim lalu, Ronaldo merupakan penjaring gol terbanyak pasukan dengan 24 gol dalam semua pertandingan dan kelab tersebut sekadar menamatkan saingan liga di tangga keenam dengan 58 mata.
Sekiranya perpindahan Ronaldo menjadi kenyataan, United mungkin akan mengekalkan Anthony Martial yang bergelut pada musim lalu. Penyerang Perancis tersebut dilihat telah menampilkan peningkatan ketara di bawah bimbingan Ten Hag sepanjang aksi pra-musim di Thailand dan Australia.
Martial telah menjaringkan tiga gol daripada empat perlawanan persahabatan yang menyaksikan United mencetak 13 gol berdepan Liverpool, Melbourne Victory, Crystal Palce dan Aston Villa.
Terdapat dua lagi perlawanan menentang Atletico Madrid dan Rayo Ballecano sebelum memulakan aksi pembukaan liga bertemu Brighton & Hove Albion.