Putin Mahu Skuad Rusia Lupakan Kekecewaan, Maju Terus Ke Hadapan

Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan berbangga dengan pencapaian Rusia di Piala Dunia 2018.

Memetik laporan agensi berita Interfax News, jurucakap Kremlin dipetik sebagai berkata sedemikian selepas Putin menyaksikan Rusia ditewaskan Croatia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir pada awal pagi tadi.

“Putin menyaksikan perlawanan tersebut untuk memberikan sokongan kepada Rusia. Kita tewas melalui satu perlawanan yang adil dan menarik.”

(Photo by Kremlin Press Center/Anadolu Agency/Getty Images)

“Walaupun tewas, barisan pemain ini tetap dianggap wira. Pemain beraksi bermati-matian di atas padang, dan kita berbangga dengan dengan mereka,” ujar Dmitry Peskov juga merupakan jurucakap bagi pihak Kremlin.

Croatia yang menewaskan Rusia akan berhadapan dengan England di separuh akhir selepas anak buah Gareth Southgate mengetepikan cabaran Sweden 2-0 di Samara.

Jurulatih Rusia, Stanislav Cherchesov juga melahirkan rasa kecewa namun berbangga dengan semangat juang pemainnya sepanjang kejoihanan.

“Saya percaya pasukan ini tersingkir dengan penuh kebanggaan. Kami tidak diberikan peluang untuk menjuarai Piala Dunia. Tetapi pasukan ini menunjukkan apa yang mereka mampu lakukan.”

Sebagai jurulatih, Cherchesov percaya Rusia yang tampil sebagai pasukan dengan ranking terendah dunia di kalangan 32 pasukan bertanding wajar memberi sasaran yang lebih tinggi.

“Dari hari pertama mengendalikan pasukan ini, saya percaya ke mana kita akan tuju. Saya berpendapat kami telah berjaya melakukannya, tetapi esok kita harus mulakan kerja untuk bergerak ke hadapan.”

Putin yang turut menghubungi Cherchesov sebelum dan selepas perlawanan.

“Valdimir Putin menghubungi saya sebelum perlawanan dan sebentar tadi untuk menyampaikan ucapan tahniah. Saya menyampaikan perasaan dukacita kami. Namun beliau juga mahu kami melupakannya, dan terus melihat ke hadapan, “ujar Cherchesov.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN