VIDEO: 18 Penyelam Mulakan Misi Menyelamat Pasukan Bola Sepak Mangsa Gua Tham Luang

Operasi mencari dan menyelamat 12 kanak-kanak dan jurulatih mereka telah dimulakan pada hari ini dengan menghantar 18 penyelam ke dalam Gua Tham Luang.

Sekiranya usaha menyelamat tersebut mengikut perancangan asal, mangsa pertama akan dikeluarkan seawal jam 10 malam waktu Malaysia.

Senarai penyelam yang terdiri daripada 13 penyelam antarabangsa, dan 5 lagi penyelam tempatan dari Thailand mulai memasuki gua pada jam 11 pagi tadi.

(Photo credit should read YE AUNG THU/AFP/Getty Images)

“Hari ini kita akan melakukan usaha menyelamat secara intensif,” ujar Narongsak Osottanakorn yang juga merupakan Gabenor wilayah Chiang Rai kepada The Guardian.

“Semuanya sudah bersiap sedia. Kanak-kanak tersebut juga mahu dikeluarkan secepat mungkin. Doktor dan pasukan perubatan yang laij juga bersiap sedia. Begitu juga dengan penjaga dan ibu bapa mereka,” jelas Narongsak lagi.

Narongsak turut mengesahkan ia adalah satu kemungkinan untuk pasukan penyelam akan berjalan kaki untuk bahagian ketiga di dalam terowong tersebut.

Namun demikian, Narongsak tidak mengesahkan sama ada kanak-kanak tersebut akan dikeluarkan melalui kaedah selaman, atau menggunakan laluan keluar yang lain.

Credit: The Star Online

Ini kerana pasukan penyelamat turut berusaha untuk mewujudkan laluan berasingan dari arah puncak gunung sebagai laluan alternatif.

Pada awal Ahad, Bangkok Post turut melaporkan pasukan menyelamat akan mengeluarkan 4 daripada 12 kanak-kanak itu terlebih dahulu.

Saksikan sendiri laluan sempit yang dilalui oleh pasukan penyelam dalam operasi menyelamat Gua Tham Luang melalui pautan di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN