Pusingan Akhir Kelayakkan Piala Asia Diteruskan Di Pyongyang

Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakkan Piala Asia di antara Korea Utara dan Malaysia akan diteruskan diadakan di Pyongyang.

Hal ini dihebahkan dari satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) lewat malam semalam.

Ianya setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiada lagi sekatan perjalanan dari kerajaan Malaysia untuk kunjungan ke negara berkenaan.

FAM sebelum ini mencadangkan agar perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali.

“Berikutan pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia mengenai tiada lagi sekatan perjalanan dari kerajaan, AFC teleh bersetuju bahawa perlawanan Pusingan Akhir Kelayakkan ‘AFC Asian Cup UAE 2019’, peringkat Kumpulan B kini akan diadakan di Pyongyang, DPR Korea pada 8 Jun 2017.”

Demikian petikan kenyataan AFC yang turut dimuatnaik di laman rasmi media sosial Facebook FAM semalam.

Sebelum ini, perlawanan membabitkan pasukan bola sepak kedua-dua negara dijadualkan berlangsung pada 28 Mac 2017.

Bagaimanapun, kerajaan Malaysia melakukan sekatan ke atas skuad Harimau Malaya setelah timbuk ketegangan di antara kedua-dua buah negara.

Ketegangan politik membabitkan kedua-dua negara terjadi disebabkan oleh pembunuhan Kim Jong-Nam.

Kim Jong Nam dilaporkan dibunuh di KLIA2, mencetuskan ketegangan politik Malaysia-Korea Utara.

Kim Jong-Nam merupakan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb yang lalu.

Ketegangan politik membabitkan kedua-dua negara memuncak apabila Duta Besar DPR Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol diisytiharkan sebagai individu “Persona Non Grata” oleh kerajaan Malaysia.

Pengisytiharan tersebut dilakukan setelah Kang Chol menuduh Malaysia bersekongkol dengan kuasa asing dalam menjatuhkan Korea Utara dalam kes pembunuhan berkenaan.

Kang Chol mengadakan sidang media berkenaan pendirian DPR Korea Utara

Sebagai tindak balas, Korea Utara melakukan perkara yang sama terhadap Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, namun menghalang 9 rakyat Malaysia yang berada di sana untuk pulang ke tanah air.

Putrajaya juga dilaporkan mengambil tindakan yang sama sebagai jaminan keselamatan rakyat Malaysia yang dilarang keluar dari negara berkenaan.

Kemelut kedua-dua negara mulai surut apabila rundingan di antara kedua-dua negara menyaksikan 9 rakyat Malaysia dibawa pulang pada 31 Mac yang lalu.

Mayat Kim Jong Nam dihantar pulang ke Korea Utara setelah bedah siasat dan isu surat pelepasan koroner di Malaysia diselesaikan.

Baca juga:
Kiraan Detik 100 Hari Ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Bermula

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN