Pundit terkenal Indonesia, Justinus Lhaksana atau lebih dikenali sebagai Coach Justin tampil menyalahkan Vinicius Junior sendiri sebagai punca mengapa beliau kerap menjadi mangsa serangan berunsur perkauman.
Nama Vinicius menjadi topik perbualan hangat para peminat sejak beberapa hari kebelakangan ini terutama selepas beliau teruk menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman oleh para penyokong Valencia.
Selain menjadi mangsa hinaan, Vinicius juga turut dilayangkan kad merah dalam perlawanan yang memperlihatkan Real Madrid tewas 1-0 di tangan Valencia itu.
Vinicius Diejek seperti Monyet, Coach Justin: Dia Itu Gak Bisa Ngaca! https://t.co/kOsE1QPADP
— tvOnenews (@tvOneNews) May 23, 2023
Seluruh dunia menyatakan solidariti kepada Vinicius atas apa yang berlaku dan tentu saja semua sepakat yang rasisme tidak sepatutnya wujud di dunia ini tidak kira dalam apa bidang sekalipun.
Bahkan La Liga sendiri bersama Persatuan Bola Sepak Sepanyol dan Jawatankuasa Teknikal Pengadil sudah memecat pengadil VAR yang terlibat dalam perlawanan tersebut kerana menunjukkan kualiti pengadilan yang sangat-sangat mengecewakan.
Ketika semua pihak sedang hangat membahaskan tentang hal tersebut, pundit bola sepak terkenal Indonesia, Coach Justin juga tidak melepaskan peluang untuk melontarkan pendapat beliau.
Coach Justin yang pernah mengaku bahawa dirinya lebih bagus berbanding Jose Mourinho itu bersetuju yang rasisme tidak patut ada di dunia ini, namun beliau percaya hal tersebut berlaku kepada Vinicius kerana salah pemain itu sendiri.
Dipetik dari laporan tvOnenews, Coach Justin dikatakan telah menyatakan bahawa:
6 Pengadil VAR Dipecat Ekoran Isu Vinicius Menjadi Mangsa Hinaan Berunsur Perkaumanhttps://t.co/4oPNUTKd7b
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 23, 2023
“Dia (Vinicius) sering provokasi loh. Ketawa-tawa, dancing-lah kalau ada apa-apa. Kamu jangan melakukan itu gitu loh,”
Jelas Coach Justin dalam podcast di kanal YouTube Jebreeetmedia TV, dikutip Selasa (23/5/2023) menurut tvOnenews.
Coach Justin menegaskan yang sikap angkuh serta sombong Vinicius yang sebenarnya menjadi penyebab mengapa beliau teruk menjadi mangsa serangan perkauman dari peminat.
“Jadi kalau dia pindah dari La Liga, dia akan mengalami hal yang sama. Dia itu tak pandai cermin diri sendiri,”
“Sekali lagi apapun yang dia (penyokong) lakukan, rasisme tidak boleh diterima. Cuma kadang Anda harus lihat kenapa bukan Rudiger, bukan Militao, kenapa Dembela tak pernah,”
“Dembele juga bagus away day tak pernah dilakukan seperti itu. Kenapa bukan pemain-pemain non kulit putih yang lain. ‘kenapa hanya saya yang kena’,”
https://youtube.com/shorts/aejD7yBUFQU?feature=share
“Harusnya dia (Vinicius) cermin diri sendiri. Anda pun tidak lari dari melakukan kesalahan”
Vinicius merupakan antara pemain paling teruk menjadi mangsa serangan perkauman dan adakah benar hal itu berlaku kerana salahnya sendiri? Bincangkan di ruangan komen.