Tak Vaksin Punca 2 Tonggak Chelsea Terlepas Aksi Pra-Musim Di Amerika Syarikat?

Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Loading official content
Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília
The Brazilian National Team held its last training session at Mané Garrincha Stadium, in Brasília, where they will face Colombia in the 2026 World Cup Qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Thiago Almada scores his first goal for Lyon
00:46
00:00
01:27
01:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video CBF di OneFootball

Isu tidak mengambil vaksin ini bukan lagi perkara baru buat kalangan pemain bola sepak di serata dunia khususnya dalam saingan English Premier League (EPL) sejak musim lalu.

Terbaharu, dua pemain tonggak Chelsea dikhabarkan bakal terlepas dalam aksi pra-musim di Amerika Syarikat apabila disahkan tidak mengambil suntikan vaksin.

Dua pemain tersebut ialah N’golo Kante serta Ruben Loftus-Cheek yang bakal terlepas peluang untuk bersama pasukan dalam siri jelajah pra-musim akan datang untuk siri-siri perlawanan persahabatan di sana.

Undang-undang di Amerika Syarikat sebelum ini sudah menjelaskan setiap individu yang berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil dua kali suntikan vaksin untuk berada di sana bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Perkara tersebut disahkan menerusi ESPN apabila Chelsea sebelum itu mengesahkan 29 pemain yang akan mengikut jelajah tersebut untuk bertemu kelab-kelab di sana iaitu Club America di Las Vegas, Charlotte FC di Los Angeles, dan pasukan seteru, Arsenal di Florida.

Sebelum itu, kedua pemain ini juga pernah dijangkiti Covid-19 pada tahun lalu apabila Loftus-Cheeks disahkan positif pada bulan Ogos.

Sementara itu, Kante pula sah dijangkiti wabak berkenaan ketika pulang dari kem kebangsaan bersama Perancis sebelum aksi peringkat kumpulan dalam saingan Champions League untuk bertemu Juventus sebulan selepas Loftus-Cheeks positif.

Pada masa sama, Thomas Tuchel selaku pengurus kelab tersebut menyatakan beliau sendiri tidak tahu berapa ramai anak-anak buahnya sudah mengambil suntikan vaksin.

Beliau yang menerima vaksin itu juga mengatakan dirinya tidak akan memaksa para pemain untuk mengambil suntikan tersebut pada masa akan datang.

Chelsea sudah pun berlepas pada hari Sabtu dan akan menghabiskan masa di Amerika Syarikat selama satu minggu sebelum memulakan aksi pra-musim pertama mereka.

Pemain kebangsaan Amerika Syarikat, Christian Pulisic antara nama pemain tonggak yang dibawa oleh Tuchel termasuk Mason Mount, Kai Harvertz, Reece James, serta Thiago Silva.

Pertahanan kiri kental mereka iaitu Ben Chilwell dan pemain sayap, Callun Hudson- Odoi yang terlepas kebanyakan aksi pada penghujung musim lalu turut dibawa dalam senarai 29 nama yang bakal beraksi dalam tiga aksi pada aksi jelajah tersebut.

Lawan pertama mereka nanti ialah Club America yang bakal berlangsung pada 16 Julai sebelum menghadapi lagi dua perlawanan seterusnya.

Chelsea yang menamatkan musim lalu di tangga ketiga saingan EPL bakal memulakan aksi akan datang dengan bertemu Everton pada perlawanan pertama pada 6 Ogos.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN