Pulisic Dilaporkan Sudah Setuju Sertai Sebuah Kelab Di England

Christian Pulisic dilaporkan sudah bersetuju dengan sebuah kelab di EPL. Kontrak Pulisic di Dortmund akan tamat pada musim panas tahun 2020. Ini bermakna beliau hanya ada kurang 18 bulan lagi untuk mecapat kesepakatak dengan Borussia Dortmund.

Buat masa ini, Pulisic dikatakan masih belum menandatangani kontrak baru dengan Borussia Dortmund. Beliau dijangka tidak akan menyambung kontrak jika berterusan tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Kehadiran bintang muda England, Jadon Sancho membuatkan Pulisic kehilangan tempat beliau.

Cedena Ser di Sepanyol sebelum ini melaporkan Atletico Madrid ada bercakap dengan wakil Pulisic untuk membawa pemain itu ke kelab itu. Namun ejen Pulisic menyatakan mereka sudah mencapai persetujuan dengan sebuah kelab Liga Perdana.

Borussia Dortmund dilaporkan terbuka untuk menjual Pulisic ke kelab tersebut. Daily Mail kemudian melaporkan Chelsea sebagai pasukan yang telah memenangi persaingan mendapatkan Pulisic dengan nilai sekitar £63 juta pada Januari ini.

Christian Pulisic (kiri) merupakan salah satu contoh pemain yang lahir hasil didikan ibu bapa yang aktif melibatkan diri dalam pembangunan bakat bola sepaknya sejak berumur 2 tahun. (Foto oleh Sean M. Haffey/Getty Images)

Namun perjanjian itu dikatakan akan membuatkan Pulisic terus kekal di Dortmund sehingga akhir musim ini. Jadi, jika laporan ini benar, Pulisic hanya akan bermain untuk Chelsea pada musim hadapan.  Kehadiran Pulisic mungkin akan membuatkan Willian ataupun Pedro keluar daripada Chelsea.

Chelsea pada masa yang sama masih dalam proses untuk memujuk Hazard agar melanjutkan lagi kontrak beliau di Stamford Bridge.

Satu lagi laporan di Sepanyol menyatakan Pulisic bersetuju menyertai Liverpool.

Pulisic menjadi perhatian banyak kelab di seluruh Eropah. Di England, selain 2 kelab dinyatakan di atas, Manchester United dan Spurs juga antara kelab yang berminat dengan Pulisic.

Pengarah Sukan Dortmund – Michael Zorc – pula menyatakan Pulisic tidak akan dijual pada bulan Januari ini dan akan terus kekal di kelab tersebut.

Pulisic kemudiannya berkata kepada Pro Soccer Talk baru-baru; beliau akan kekal bersama Dortmund pada musim ini dan akan membincangkan masa depannya di kelab itu selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN