Polis Marseille Terkejut Selepas Menangkap Dadah Jenama Cristiano Ronaldo

Polis Perancis di Marseille telah membuat tangkapan dadah jenis kanabis dan kokain di sebuah rumah. Namun mereka terkejut kerana paket dadah tersebut diletakkan jenama Cristiano Ronaldo di atasnya.

Ronaldo sememangnya menjadi pelaris produk kerana publisiti beliau. Ronaldo adalah pemain bola sepak yang mempunyai pendapatan hasil hak imej yang sangat tinggi.

Namun sudah pastinya wajah beliau bukan untuk digunakan dalam produk sebegini – dan ianya sudah tentu tidak mendapat izin daripada beliau.

Tangkapan itu dibuat di rumah pengedar dadah tersebut di Marseille. 5 pakej marijuana dibungkus dengan imej Cristiano Ronaldo dengan jersi Juventus.

Ternyata pengedar dadah tersebut merupakan peminat tegar Cristiano Ronaldo. Tangkapan tersebut dilaporkan bernilai £3,500. Pesalah akan dihadapkan ke mahkamah pada Januari tahun hadapan.

Namun polis Perancis mengesahkan Ronaldo tiada kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah tersebut. Polis akan meneruskan lagi siasatan ke atas kes tersebut dan berharap akan membuat lebih banyak tangkapan selepas ini.

Minggu lalu Cristiano Ronaldo dijatuhkan hukuman kerana kesalaha cukai di Sepanyol. Namun ia tidak mengganggu fokus beliau di atas padang. Beliau menjaringkan gol kemenangan Juventus dalam derbi Turin menentang Torino pada hujung minggu lalu.

Ini bukan pertama kali imej bintang bola sepak digunakan dalam bungkusan dadah. Setahun yang lalu, polis di Lima, Peru telah menangkap paket dadah dengan bungkusan wajah Lionel Messi. Polis berjaya merampasnya sebelum diterbangkan ke Eropah.

Leave a Reply