Pulau Pinang berhadapan dengan musim paling sukar dalam sejarah pasukan mereka.
Kalah kesemua 6 perlawanan setakat ini dengan hanya menjaringkan 2 gol dan dibolosi dengan 14 gol.
Di luar padang mereka banyak lagi isu yang melanda pasukan Harimau Kumbang ini.
Lawan mereka pula adalah pasukan yang setakat ini mendapat lebih banyak mata di tempat lawan berbanding dengan tempat sendiri.
Pasukan tersebut adalah Melaka.
Prestasi semasa
Pulau Pinang masih gagal menang mana-mana perlawanan setakat ini dalam kempen Liga Super.
Mereka berada di tangga tercorot Liga Super. Hanya 6 mata dari zon selamat
Mereka hanya menang 1 daripada 7 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Kemenangan itu dari perlawanan Piala FA.
Melaka setakat ini berjaya mengutip 7 mata daripada saingan liga dan berada di tangga ke -7 dan hanya 2 mata dari zon penyingkiran.
Rekod pertemuan
6 pertemuan terakhir mereka. 5 daripadanya dimenangi oleh Pulau Pinang.
Melaka hanya menang sekali daripada 6 perlawanan terakhir tersebut. Kemenangan itu hadir dalam pertemuan terakhir mereka musim lalu.
5 daripada 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan kemenangan tipis 1 gol.
Ashley Westwood vs Eric Williams
Ini adalah pertembungan pertama kedua-dua pengendali ini. Kedua-dua mereka ada tekanan tersendiri.
Ekspektasi yang tinggi ke atas 2 jurulatih ini antara tekanan yang harus dihadapi oleh mereka.
Westwood memiliki CV yang baik di bola sepak India namun di Malaysia setakat ini, segalanya serba tidak menjadi.
Cabaran lebih besar untuk memenangi hati penyokong Pulau Pinang dan memberitahu; ‘inilah falsafah bola sepak yang saya mahukan.’
Eric Williams pula ada masalah dengan konsistensi di dalam pasukan beliau.
Beberapa masalah kecederaan dan kecergasan melanda Melaka United pada awal musim ini.
Namun Eric Williams memiliki unit squad depth yang lebih baik.
Fakta perlawanan
- Pulau Pinang sudah tewas 6 perlawanan pembukaan, hanya PDRM FA pada 2009 lebih teruk dengan kalah 11 perlawanan pertama sejak Liga Super 2004
- Pulau Pinang hanya menang 2 daripada 10 perlawanan terakhir di tempat sendiri
- Melaka pula cemerlang dengan menang 6 daripada 10 perlawanan terakhir di tempat lawan
- Kesemua 7 mata pasukan Melaka musim ini setakat ini adalah dari perlawanan away
Sebelum wisel
Perlawanan ini bertekanan tinggi untuk kedua-dua pasukan walaupun ia lebih tinggi kepada Pulau Pinang.
Pulau Pinang ada masalah penyudah dan juga pertahanan yang kritikal. Mampukah mereka memperbaikinya kali ini?
Melaka pula ada masalah ketajaman di hadapan gol. Mereka juga sukar untuk menang dengan margin tipis pada musim ini.
Siapakah yang akan menang?
Baca juga: Merzagua Abderrazak Bakal Kembali Terajui Pulau Pinang?