Pulau Pinang Bawa Masuk Peledak Berbisa Tempatan, Bobby Gonzales

Bobby Gonzales Pulau Pinang 2020 Liga Premier Pra Musim

Penyerang tempatan paling berbisa di Liga Premier musim 2018 dan 2019, Bobby Gonzales akhirnya menamatkan pencarian pasukan baharu apabila sah menyarung jersi Pulau Pinang untuk musim 2020.

Pada penguhujung Disember yang lalu, Semuanya BOLA telah melaporkan pengesahan daripada pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin mengenai tawaran Bobby Gonzales untuk beraksi bersama mereka.

Namun, mungkin disebabkan tiada jawapan semula kepada bekas pemain skuad kebangsaan ini yang telah membawanya ke skuad yang hampir meraih slot automatik ke saingan Liga Super musim ini.

Pada musim lalu, Bobby Gonzales telah merekodkan sembilan gol, ke-4 terbanyak di Liga Premier namun gagal membantu pasukannya, Sarawak untuk kekal bermain di Liga Premier musim 2020.

Ia hanya dibezakan empat gol berbanding penjaring terbanyak daripada UiTM FC, Zarko Korac dengan 13 gol, diikuti Rodoljub Paunovic (11 gol), serta Lee Chang-hoon dan Meteo Roskam (10 gol).

Dalam saingan liga musim lalu, penyerang berpengalaman ini telah meledak dua gol ketika membenam Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri Sarawak dan dua lagi gol ketika tewas 3-6 di Stadium Bandaraya.

Sementara untuk musim 2018, Bobby Gonzales telah merekodkan 14 gol, kedua terbanyak di Liga Premier, hanya lima gol di belakang Casagrande yang ketika itu merupakan penggempur untuk Felcra FC.

Kini, kedua-dua pemain ini berpeluang untuk digandingkan bersama dalam skuad Harimau Kumbang yang dalam misi untuk kembali ke Liga Super musim 2021, selepas gagal akibat pemotongan mata musim lalu.

Kehadiran penyerang berusia 35 tahun ini mungkin menamatkan pencarian pemain untuk Pulau Pinang yang telah memiliki empat penggempur iaitu Casagrande, Nurshamil Abd Gani dan Marcus Mah.

Kelibatnya bersama Pulau Pinang sudah kelihatan dalam aksi pra-musim menentang Petang Jaya (PJ) City FC pada 7 Februari lalu yang berkesudahan seri tanpa jaringan – digandingkan bersama Casagrande.

Pulau Pinang ketika ini berada di Lembah Klang untuk beberapa aksi persahabatan dan dalam aksi malam tadi, Pulau Pinang yang menurunkan skuad kedua menang 1-0 ke atas pasukan Liga M3, Ultimate FC.

KREDIT FOTO: FA PENANG

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN