Jualan Jersi ‘Laku Keras’ Bukti Kedah Ramai Penyokong

Jualan jersi Kedah yang cukup laris bak pisang goreng panas telah membuktikan yang juara Piala FA Malaysia 2019 itu mempunyai kumpulan penyokong yang besar.

Menurut laporan Sinar Harian, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris berkata stok jersi yang dimiliki telah habis dijual dan jelas sekali permintaan masih lagi tinggi dalam kalangan penyokong mereka.

Kata Asmirul, jualan jersi ketiga Kedah yang digunakan semasa perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) begitu memberangsangkan.

“Stok jersi ketiga sudah dua kali dikeluarkan tetapi ianya belum dapat menampung permintaan tinggi daripada penyokong Kedah.”

“Memang diakui Kedah mempunyai ramai penyokong terutamanya di tempat mereka.”

Asmirul berkata, sokongan terhadap pasukan Kedah kini kian meningkat terutamanya selepas mereka berjaya merangkul Piala FA Malaysia pada musim lalu.

“Sekarang ini boleh kita saksikan ramai orang pakai jersi Kedah tidak kira di pejabat, universiti atau sekolah. Tidak kira jersi lama atau baharu, kita boleh saksikan di mana-mana saja.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN