Di sebalik keputusan positif dilakar skuad senior dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 dengan mencatat kemenangan pertama mengatasi Turkmenistan, pasukan negara bawah 23 (B-23) pula seolah hilang punca untuk mengetahui mana silap mereka untuk terus memberi khabar negatif buat penyokong.
Terbaharu, skuad kendalian Brad Maloney mencatat kekalahan di tangan Vietnam dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dalam kejohanan Sukan Asia B-23 di Tashkent, Uzbekistan setelah sebelum itu mengesahkan diri tidak layak beraksi ke pusingan seterusnya.
Keputusan Masa Penuh
Kumpulan C, Piala Asia B-23 2022 | Rabu, 8 Jun 2022
VIETNAM 🇻🇳 2-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Nham Manh Dung 28’ Bui Hoang Viet Ang 45+8 (Pen)#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/LfJLVxaZpj
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2022
Malaysia pada edisi kali ini terkandas di peringkat kumpulan setelah merekodkan tiga kekalahan berturut-turut di tangan Korea Selatan, Thailand, dan Vietnam selain hanya berjaya meledak satu gol daripada tiga perlawanan.
Perkara tersebut jelas mengundang kritikan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan Maloney seolah sudah gagal sepenuhnya untuk membawa nama baik para pemain muda negara.
Pengendali tersebut pastinya merasai tekanan yang dilemparkan dari serata arah setelah pasukan yang dipimpinnya kini gagal meraih sebarang keputusan positif sejak beberapa bulan ini.
Menurut Maloney, kini beliau sedang mengharungi detik-detik sukar bersama para pemain kendaliannya setelah tidak dapat membuktikan sesuatu buat para penyokong sambil mengakui salah satu punca perkara tersebut berlaku kerana tempoh masa yang agak singkat dalam kejohanan disertai.
Separuh Masa
Kumpulan C, Piala Asia B-23 2022 | Rabu, 8 Jun 2022
VIETNAM 🇻🇳 2-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Nham Manh Dung 28’ Bui Hoang Viet Ang 45+8 (Pen)#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/Aoh6gWYihw
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2022
Walaupun begitu, Maloney tetap percaya akan ada kebangkitan mampu dilakar skuad muda kebangsaan selepas ini dalam kejohanan seterusnya setelah meraih pengalaman berguna dalam kempen Piala Asia kali ini untuk tampil lebih bersedia.
Dalam masa sama ketika diminta untuk mengulas perlawanan semalam, nyata Maloney mengakui layangan kad merah kepada pemainnya iaitu Hairiey Hakim Mamat secara tak langsung telah mengubah rentak permainan untuk diambil peluang oleh lawan mengatasi skuad negara.
“Ya, sudah tentu ia sangat mengecewakan apabila gagal meraih sebarang mata dalam semua perlawanan. Ia memang sukar buat pemain kita, namun pujian harus diberikan kepada Vietnam,” katanya menerusi Bernama.
Maloney juga dalam masa mengakui buntu memikirkan sebab mengapa pemain muda tersebut dilayangkan kad merah dan enggan untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Selain itu, beliau juga sudah boleh mengagak gaya permainan yang ditampilkan oleh Vietnam sememangnya serba mantap di segenap posisi kerana lawan ingin merebut slot ke pusingan seterusnya.
Untuk rekod, Malaysia mencatat kekalahan pertama mereka sewaktu bertemu juara bertahan iaitu Korea Selatan dengan keputusan 1-4 sebelum terus dirundung kekalahan 0-3 pada pasukan Thailand dan menamatkan kempen dengan keputusan 0-2 di tangan Vietnam.