PSSI Jalin Kerjasama Dengan Jepun Majukan Bola Sepak Indonesia

PSSI

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dibawah pimpinan presidennya iaitu Erick Thohir kini melangkah satu lagi tapak ke depan dengan melancarkan misi untuk memajukan bola sepak Garuda.

Selepas berjaya menempah perlawanan persahabatan masyhur bersama-sama juara dunia iaitu Argentina, Indoensia kini menjalinkan pula kerjasama dengan FA Jepun untuk membantu pembangunan bola sepak itu.

Menurut laman ASEAN Football, Indonesia dan Jepun telah merancang untuk menjalinkan kerjasama yang merangkumi pembangunan skuad wanita Garuda serta mutu pengadilan di negara tersebut.

Dalam kerjasama itu, Jepun akan membantu skuad wanita Indonesia dengan membekalkan jurulatih untuk meningkatkan kualiti pasukan mereka.

Untuk rekod, ketika ini skuad wanita Indonesia sedang dilatih oleh Rudy Eka Priyambada sambil dibantu oleh Yopie Riwoe.

Jadi dengan kerjasama ini, dapat dilihat kedua-dua individu ini sama ada akan ditukarkan tugasnya atau dikeluarkan terus daripada skuad wanita Indonesia untuk memberi laluan kepada jurulatih daripada Jepun.

Satu lagi kerjasama adalah Jepun bakal membantu Indonesia dalam urusan meningkatkan kualiti pengadilan dalam saingan liga mereka.

Kualiti pengadil di Indonesia sering dianggap “curang” dan Jepun akan membantu Indonesia dalam perkara itu. Mereka bakal menghantar pengadil-pengadil mereka ke Indonesia untuk mengadili perlawanan-perlawanan di negara tersebut.

Bukan sekadar pengadil, tetapi Jepun akan menghantar pengadil-pengadil hebat mereka mengadili aksi bola sepak Indonesia. Namun, tidak dapat dipastikan hanya tertakluk kepada perlawanan-perlawanan penting seperti aksi akhir sahaja atau secara rawak.

Kerjasama ini dilihat cukup bagus untuk Indonesia dengan Erick begitu komited untuk membangunkan bola sepak Indonesia.

Dengan mereka telah berjaya layak ke Piala Asia, mereka pastinya tidak mahu berhenti di situ sahaja. Pastinya kelestarian kemajuan bola sepak mereka mahu dipanjangkan sehingga tempoh yang lebih lama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN