Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Yunus Nusi dikhabarkan telah pun menghubungi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengenai insiden keganasan yang telah berlaku semalam di Stadium Kanjuruhan, Malang.
Tragedi keganasan yang berlaku semalam itu boleh dianggap sangat dahsyat apabila ia turut meragut sehingga 130 nyawa penyokong bola sepak serta pelbagai fasiliti awam besar turut menjadi mangsa.
PSSI Harap FIFA Tak Jatuhkan Sanksi Merugikan Akibat Kanjuruhan https://t.co/JEC3hGUE93
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) October 2, 2022
Menurut CNN Indonesia, PSSI telah pun mengambil langkah pantas sejak semalam lagi seusai tragedi tersebut untuk menghubungi FIFA bagi memberi laporan mengenai hal tersebut.
“Saya sudah pun menghubungi FIFA sejak semalam lagi dan pagi ini pun saya masih lagi berhubung bersama mereka untuk memberi laporan penuh,” jelas Yunus Nusi.
Jelas Yunus, beliau berharap agar kejadian yang berlaku semalam tidak menjadi sebab untuk FIFA mengambil tindakan keras terhadap PSSI kerana gagal menangani isu tersebut.
Menurut beliau, tragedi yang berlaku semalam bukan disebab satu rusuhan besar atau pergaduhan membabitkan sesama penyokong dalam stadium, tetapi ianya berlaku disebabkan mereka beramai-ramai bersesak untuk keluar daripada stadium selepas perlawanan.
Situasi mencekam setelah laga arema vs persebaya di luar kandang kanjuruhan malang.
Para pemain dan official persebaya yang berada didalam kendaraan dilempari batu oleh supporter arema!!#arema #persebaya pic.twitter.com/LulqGwr6vC
— indonesian hooligans (@indohooligans_) October 1, 2022
Disebabkan itu ramai orang awam yang terjatuh akibat suasana sesak tersebut dan menyebabkan ada dipijak atau ditekan sehingga menyebabkan mereka meninggal dunia.
“Kami sangat berharap agar segala perkara yang berlaku semalam ini tidak menjadi sebab untuk FIFA mengenakan sebarang tindakan tidak baik kepada PSSI dan bola sepak Indonesia,” ulas Setiausaha Agung tersebut lagi.
Pada masa sama, Yunus Nusi juga mengakui dirinya kini masih lagi menunggu laporan siasatan yang telah dibuat oleh PSSI dan pihak bertugas lain mengenai tragedi itu.
Yunus juga turut meluahkan rasa kesal mengenai kejadian tersebut yang jelas telah memberi imej buruk Indonesia di mata dunia ketika ini.
“Saya sangat kesal dengan apa yang telah berlaku semalam sehingga menyebabkan ada layangan nyawa berlaku dan kerosakan harta benda.
“Walaupun begitu, pihak kami tetap akan menunggu laporan siasatan yang telah dibuat sebelum apa-apa tindakan lanjut dibuat,” tambah Yunus Nusi.
Insiden keganasan mula berlaku dengan melibatkan ratusan para penyokong menyerbu masuk padang perlawanan sebaik sahaja wisel penamat sah dibunyikan oleh pengadil bertugas dalam aksi pertemuan Arema FC dan Persebaya Surabaya.
Tindakan ganas tersebut jelas mendapat perhatian serius pihak polis yang berada di stadium, dan mereka mula untuk mengawal keadaan tersebut daripada perkara lebih buruk terjadi.
Apa yang dilakukan oleh pihak polis ketika itu termasuk menembak gas pemedih mata kepada penyokong yang bertindak ganas di atas padang dan perkara tersebut jelas semakin menyebabkan ianya menjadi semakin kecoh.
Marah dengan tindakan itu, beberapa penyokong bertindak dengan semakin liar apabila kenderaan kenderaan polis turut menjadi mangsa amukan mereka pada malam itu.
Laga Derby Jawa Timur antara Arema FC vs Persebaya Surabaya membawa duka bagi supporter Aremania. pic.twitter.com/rGFSiGa8vi
— Klik Times (@KlikTimes) October 1, 2022
Selain melibatkan nyawa, boleh dikatakan segala fasiliti yang disediakan oleh pihak stadium turut mengalami kerosakan setelah dibakar oleh sekelompok besar penyokong Arema FC.