Angka Korban Tragedi Stadium Kanjuruhan Meningkat Kepada 174 Orang Termasuk 2 Anggota Polis

Polis Malang

Jumlah mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang telah bertambah dengan maklumat terbaharu dari pihak berkuasa mendakwa ia telah meningkat kepada 174 orang.

Ia disahkan oleh data yang dikeluarkan oleh Badan Penanggulan Bencana Daerah (BPPD) Jatim pada jam 10.30 pagi dengan 11 orang lagi masih dalam keadaan kritikal, manakalah 298 orang kini dikategorikan sebagai pesakit ringan.

Setakat ini semua mangsa yang terkorban ditempatkan di lapan hospital iaitu Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Kanjuruhan, RSUD Saiful Anwar, RSUD Mitra Demila, RSU Wava Hisada, RSU Wajak Husada, RSB Hasta Husada, RSI Gondanglegi dan Klinik Teja Husada.

Pihak berkuasa juga masih belum dapat mengesahkan identiti kesemua mangsa korban dengan sebahagian yang sudah dikenalpasti telah dimaklumkan kepada anggota keluarga bagi urusan pengebumian.

Menerusi berita yang disiarkan oleh akhbar Indonesia, Detik juga telah mengesahkan indentiti dua orang anggota polis yang terkorban akibat insiden berkenaan iaitu Fajar Yoyak Pujiono, anggota polis cawangan Dongko, Trenggalek dan Andik Purwanto dari cawangan Sumbergempol, Tulungagung.

Leave a Reply