Semalam, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) secara rasmi telah menghantar surat bantahan kepada pihak AFF apabila mendakwa perlawanan antara Vietnam dan Thailand telah diatur.
Selain menghantar bantahan kepada AFF, PSSI juga dikhabarkan bakal membawa perkara ini dengan lebih serius kepada pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) serta Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
AFF U19 CHAMPIONSHIP 2022 | Semi-Finals (13/7)
15:00 | Vietnam 🇻🇳 -🇲🇾 Malaysia
20:00 | Laos 🇱🇦 – 🇹🇭 Thailand#AFF #AFFU19 pic.twitter.com/kyUYYZvZ2Z— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 11, 2022
Pengerusi PSSI, Mochamad Iriawan menyatakan pihaknya mempunyai bukti berupa rakaman video pada perlawanan antara Vietnam menentang Thailand pada peringkat Kumpulan A bagi saingan Piala AFF B-19 2022.
Menurut beliau, tindakan tersebut terpaksa dibuat agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi dalam suasana bola sepak terutama di Asia Tenggara.
“Kami juga telah menghantar bantahan tersebut kepada pihak AFC serta FIFA supaya mereka juga mengetahui perkara tersebut.
“Bukti video itu juga turut dihantar kepada dua badan tersebut. Rakaman video juga sudah disunting dan segala minit-minit penting kami selitkan sekali untuk dilihat mereka,” jelas Iriawan.
Untuk rekod, perlawanan antara Vietnam dan Thailand berkesudahan seri 1-1 dan kedua pasukan ini layak ke pusingan seterusnya dan menyingkirkan Indonesia kerana mengikut peraturan ‘head to head’.
Dalam masa sama, Iriawan juga berharap agar pihak AFF memberi maklum balas setelah menerima surat bantahan tersebut yang telah dikirim oleh PSSI.
Beliau juga berharap segala usaha dibuat ini menemui penyelesaian yang baik serta adil buat skuad Indonesia kerana perkara tersebut menjadikan pasukan itu sebagai mangsa keadaan.
“Kami juga sudah menghubungi Setiausaha Agung AFF serta Datuk Seri Windsor John dari pihak AFC untuk memaklumkan surat bantahan telah dikirim kepada mereka.
“Setakat ini, hubungan komunikasi kami bersama mereka berjalan dengan baik dan berharap tindakan segera dapat diambil setelah mereka membaca surat bantahan tersebut,” kata Iriawan menerusi Bola.com.
Selain itu, Iriawan juga berkata disebabkan corak permainan kedua pasukan tersebut yang dianggap tidak serius sepanjang perlawanan, ia telah mengecewakan penyokong fanatik Indonesia.
🇮🇩 PSSI FILE CAMPLAINT TO AFF
📄 The Football Accociation of Indonesia (PSSI) will file a complaint with the Asean Football Federation (AFF) about the match between Vietnam 🇻🇳 and Thailand 🇹🇭 in AFF U19 Championship 2022.
.#PSSI #AFF #AFFU19 pic.twitter.com/8lDC533Jvd
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 11, 2022
Disebabkan itu, pihaknya tidak sampai hati melihat kekecewaan tersebut dan secepat mungkin membuat surat bantahan kepada pihak AFF.
“Jika mereka bermain secara telus, saya tidak akan mempunyai masalah. Namun menerusi apa yang saya lihat, ia jelas ada sesuatu tidak kena.
“Disebabkan itu kami mengirimkan surat bantahan secara rasmi, kerana kami kecewa dengan situasi tersebut dan berharap ianya disiasat.
“Apakah perlawanan tersebut sudah diatur? Kalau terbukti tidak. Maka ianya tidak menjadi masalah.
“Ketika ini terlalu ramai penyokong Indonesia meminta agar skuad kebangsaan keluar daripada AFF kerana terlalu kecewa,” tambah Iriawan.