Rooney Lebar Langkah Selaku Pengurus Pasukan, Bakal Kemudi D.C United Dalam Saingan MLS

Wayne Rooney dilihat semakin mengembangkan karier beliau dalam dunia pengurusan bola sepak apabila kali ini beliau sah bakal mengemudi kelab yang berpangkalan di Amerika Syarikat pula.

Menurut ESPN, D.C United (DCU) menjadi destinasi terbaharu Rooney apabila beliau bersetuju untuk mengemudi kelab tersebut sebaik sahaja urusan visa dan beberapa perkara lagi diselesaikan.

Rooney bakal menggantikan pengurus sebelum itu, Hernan Losada yang dipecat pada April lalu setelah tampil dengan kurang konsisten.

Pengurus interim ketika ini, Chas Ashton juga dilihat gagal untuk menaikkan kembali mutu kelab tersebut dengan keputusan terbaharu, DCU mengalami kekalahan besar 7-0 di tangan Philadelphia Union beberapa hari lalu.

Ketika ini, DCU berada di kedudukan kedua terakhir dalam saingan Major League Soccer dan terikat bersama pasukan tercorot sekali, Chicago dengan 17 mata dipungut.

Sebelum itu, Rooney sendiri pernah beraksi bersama DCU pada musim 2018-2020 dan pernah mencipta sejarah tersendiri di kelab tersebut apabila menjadi pemain terbaik MLS bulan Oktober.

Selepas itu beliau memulakan karier selaku pengurus kelab Derby County di England dalam saingan English Football League bagi menggantikan khidmat Phillip Cocu sehingga pada bulan Jun tahun ini, Rooney meletak jawatan tersebut.

Walaupun ada khabar angin mengatakan Rooney bakal mengurus beberapa kelab dalam saingan English Premier League, nyata Rooney memilih bekas pasukan lamanya di Amerika Syarikat iaitu DCU.

Kelab tersebut dilihat bersesuaian untuk diuruskan Rooney apabila dikatakan memenuhi segala diinginkan beliau dan sangat bersesuaian dengan keadaan semas DCU.

Sebagai seorang pemain bol sepak suatu ketika, Rooney merupakan seorang yang dianggap salah seorang terbaik dalam generasi beliau.

Rooney juga merupakan penjaring terbanyak buat Manchester United apabila menghasilkan 253 gol sepanjang karier beliau dalam semua kejohanan disertai.

Tidak cukup bersama kelab, Rooney juga menjadi antara penyerang paling digeruni bersama England apabila berjaya merekodkan 53 gol dalam 120 penampilan.

Untuk rekod, Rooney telah memulakan karier profesional selaku pemain bola sepak bersama Everton dan memori paling diingati pemain tersebut apabila beliau meledak gol pertama sehari sebelum ulang tahun kelahiran ke-17 sewaktu berdepan Arsenal.

Selepas itu beliau bersama Manchester United dan memperoleh kejuaraan EPL sebanyak lima kali, satu Piala FA, tiga League Cups, satu UEFA, serta sekali gelaran juara UEFA Champions League.

Pemain ini juga menjadi sebahagian daripada wakil Piala Dunia bersama England bagi edisi 2006, 2010, dan 2014.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN