PSSI Beri Sebab Mengapa Indonesia Terus Kekal Bersama AFF

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah pun membatalkan hasrat mereka untuk keluar daripada naungan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), setelah sebelum itu dikhabarkan bakal menyertai Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF).

Setelah pelbagai penilaian yang dibuat oleh PSSI, Presiden organisasi tersebut iaitu Mochamad Iriawan telah memutuskan agar mereka terus kekal bersama AFF.

Menurut Iriawan, Indonesia merupakan sebahagian daripada Asia Tenggara dan PSSI akan terus memantapkan skuad kebangsaan mereka untuk bersaing bawah AFF.

“PSSI akan terus kekal bersama AFF kerana seperti semua tahu, Indonesia merupakan sebahagian daripada Asia Tenggara,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Daripada mengundur diri daripada naungan AFF, Iriawan mempunyai kaedah lain yang lebih baik buat bola sepak Indonesia, apabila beliau setiap kelompok usia bola sepak kebangsaan terus memajukan diri agar mampu mendominasi Asia Tenggara.

Sebelum itu, PSSI pernah menyuarakan hasrat untuk berundur diri daripada AFF kerana rasa kecewa dengan perlawanan antara Vietnam dan Thailand pada saingan Piala AFF bawah 19 (B-19) lalu.

Menurut PSSI, aksi antara Vietnam dan Thailand sangat mencurigakan ketika itu kerana seolah mahu menghalang Indonesia untuk layak ke peringkat separuh akhir setelah kedua pasukan tersebut sekadar terikat seri.

Ketika itu, Vietnam dan Thailand masing-masing terikat dengan 1-1 dan kedua pasukan tersebut tidak lagi membuat sebarang siri serangan selepas minit ke-80 serta keputusan tersebut kekal sehingga menggagalkan Indonesia untuk ke pusingan seterusnya.

“Kami akan terus meningkatkan kualiti permainan buat pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

“Dan pastinya, kami ingin kembali menebus kekecewaan lalu untuk mengajar Vietnam dan Thailand pada aksi Piala AFF bawah 16 (B-16) ini,” ujar Iriawan.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan A baru ini dalam aksi Piala AFF B-16, Indonesia selaku tuan rumah berhasil mengalahkan Vietnam dengan keputusan 2-1 di Stadium Maguwoharjo untuk kembali menggembirakan para penyokong.

Hasil kemenangan tersebut berjaya membawa Indonesia untuk melangkah ke pusingan separuh akhir Piala AFF B-16 selain menggembirakan Iriawan sendiri selaku tuan rumah kejohanan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN