Kakak Ronaldo Dianggap Cemburu Melihat Messi Menjaringkan Gol Yang Dasyat

Kakak Cristiano Ronaldo dianggap terlalu cemburu melihat kejayaan Lionel Messi menjaringkan gol lipat yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu Clermont Foot awal pagi tadi.

Beliau telah meninggalkan komen dan turut menyukai muat naik yang menganjing gol jaringan Lionel Messi itu dan menyebabkan ramai percaya beliau sebenarnya cemburu dengan bintang Argentina itu.

Messi mengejutkan para peminat seluruh dunia ketika kejayaan beliau menjaringkan gol akrobatik untuk membantu PSG mencatatkan kemenangan 5-0 menewaskan Clermont Foot itu.

Pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’or itu berjaya menjaringkan dua gol dan beliau turut cemerlang mencatatkan satu assists dalam perlawanan tersebut.

Persembahan mantap yang Messi persembahkan dalam perlawanan tersebut bahkan turut berjaya memukau para peminat pasukan lawan.

Seluruh stadium tidak kira penyokong PSG mahupun Clermont Foot tidak henti-henti bersorak nama Lionel Messi dalam perlawanan yang dilangsungkan di Montpied Stadium itu.

Walau bagaimanapun, bukan semua yang teruja dan bergembira menyaksikan kehebatan Lionel Messi menjaringkan gol yang cukup cantik dan menakjubkan itu.

Akaun milik kelab peminat Cristiano Ronaldo di Instagram yang menggunakan nama cr7.0_legendary telah memuat naik status menganjing bintang Argentina itu.

Akaun tersebut memuat naik status membandingkan gol yang dijaringkan oleh Messi itu dengan gol ikonik bintang Portugal itu untuk Real Madrid ketika bertemu Juventus pada tahun 2018 yang lalu.

Pemilik akaun Instagram itu memuat naik gambar kedua-dua gol tersebut dengan menulis:

“Salah satu pistol dan satu lagi basikal.”

“Satu merupakan Juara saingan Perancis bertemu Clermont dan satu lagi ketika di pusingan kalah mati saingan Champions League bertemu Juventus.”

“Gambar satu, pemain itu meletakkan tangan dia di atas padang, kaki dia lagi satu juga sentuh padang dan badan dia berpotensi untuk sepenuhnya menyentuh padang.”

“Sementara satu gambar lagi, badan dia langsung tak sentuh padang dan ada jurang dari badan dia dan permukaan padang.”

“Ia terlalu banyak perbezaan sehingga pemain dari imej yang di atas akan mampu untuk melakukannya lagi walau dia dalam keadaan teragak-agak, dia masih ada ruang. hahaha. Jangan pernah bandingkan…”

Kakak Ronaldo, Katia Aveiro menyukai muat naik tersebut dengan beliau turut meninggalkan komen emoji tepuk tangan tanda bersetuju dengan muat naik tersebut.

Tindakan beliau itu menyebabkan ramai yang percaya beliau sebenarnya cemburu melihat Messi menjaringkan gol yang cantik itu kerana tidak mahu gol adiknya dilupakan oleh semua pihak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN