Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengambil keputusan untuk membatalkan saingan Piala Indonesia bagi musim 2022/2023.
Keputusan untuk membatalkan saingan tersebut adalah disebabkan mereka tidak mampu untuk mendapatkan penaja bagi saingan tersebut.
Laporan dari detik.com mendapati, Ketua Umum PSSI iaitu Mochamad Iriawan sendiri telah mengesahkan pembatalan itu yang dilihat akan menjadikan saingan bola sepak Indonesia akan menjadi sedikit suram.
“Kemungkinan besar tidak [akan dianjurkan Piala Indonesia] kerana kepadatan jadual.
“Tetapi yang paling utama adalah kerana penaja. Penaja [menarik diri] mungkin kerana situasi Covid-19. Mungkin tahun depan, jika diizinkan Allah,” jelas Iriawan.
🇮🇩 INDONESIA CUP 2022/2023 TO CANCELED !
Football Association of Indonesia (PSSI) has officially canceled the Indonesia Cup (Piala Indonesia) 2022/23 because PSSI failed to find a sponsor for the tournament.#PSSI pic.twitter.com/Uj0Bj9dHZS
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) August 28, 2022
Sepatutnya, saingan Piala Indonesia akan diadakan bermula pada Ogos 2022 dengan ianya akan berakhir pada Mac 2023.
Perebutan Piala Indonesia akan menjadi tumpuan 18 pasukan Liga 1, 28 pasukan Liga 2 dan 18 pasukan Liga 3 Indonesia.
Ianya sekali gus menjadikan 64 pasukan akan merebut mahkota kejuaraan tersebut.
Piala Indonesia lazimnya menjadi rebutan pasukan-pasukan di negara tersebut dengan juara bagi kejohanan ini akan menerima slot ke Piala AFC.
PSM Makassar adalah juara bertahan kejohanan ini selepas kali terakhir dipertandingkan pada 2019.