Kelab gergasi saingan Liga 1 Indonesia iaitu PSM Makassar terus konsisten memcatat rekod tanpa tewas dalam perlawanan dihadapi, setelah semalam mereka berjaya meraih kemenangan untuk mengetepikan Persita Tangerang.
Sebelum itu saingan liga di sana terpaksa dihentikan selama dua bulan selepas Tragedi Kanjuruhan yang berlaku itu memerlukan siasatan secara menyeluruh dan PSM Makassar antara yang terkesan.
Tambahan dua gol cantik dari Yance dan Kenzo memastikan Juku Eja petik poin sempurna hari ini.
Terima kasih dukungan dan doa ta' semua hari ini gaess🙏#EwakoPSM #PSMDAY #BRILiga1 #PSMvPersita #LigaIndonesiaIsBack pic.twitter.com/GNmt22Igub
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) December 8, 2022
Namun semalam, mereka berjaya mengekalkan konsistensi permainan untuk mencatat kemenangan, biarpun tanpa kelibat pengendali mereka iaitu Bernardo Tavares serta beberapa pemain utama.
Tavares tidak boleh menghadiri perlawanan untuk berada dari tepi padang semalam, kerana beliau telah digantung sebelum itu disebabkan telah mengutip dua kad kuning.
Selain itu, beberapa pemain utama mereka juga tidak ada kerana menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala AFF 2022.
Pada perlawanan semalam, PSM berjaya merekodkan kemenangan 3-1 untuk mengatasi lawan iaitu Persita Tangerang untuk terus mengukuhkan posisi selaku pendahulu liga.
Dalam aksi yang berlangsung tanpa kehadiran penyokong itu, mereka jelas mempmerkan aksi yang sangat baik di segenap posisi dan intensiti permainan ditampilkan juga agak pantas.
Menurut laporan perlawanan daripada Bola.com, tiga jaringan daripada PSM telah diledak menerusi pemain import mereka iaitu Everton Nascimento, Yance Sayuri, dan Kenzo Nambu.
Satu jaringan tunggal daripada pasukan lawan pula diraih pada minit ke-42 yang disumbangkan oleh pemain tonggak mereka dari Argentina, Ezequiel Vidal.
Setakat ini PSM telah pun mengumpul 28 mata daripada 12 perlawanan dihadapi menerusi lapan kemenangan dan empat kali keputusan seri.
Pasukan tersebut juga hanya melepaskan tujuh gol setakat ini dalam saingan liga untuk menunjukkan mereka jelas tampil kental di posisi pertahanan.
Yance Sayuri bermain dengan penuh determinasi dan mencetak gol spektakuler, menjadikannya pemain Jagoanku Hari Ini laga #PSMvPersita berdasarkan polling di Twitter @psm_makassar#EwakoPSM pic.twitter.com/zOkJWyWYAA
— PSM Makassar (@PSM_Makassar) December 9, 2022
Untuk rekod, PSM telah mencatat dua kali pertemuan bersama Kuala Lumpur City (KL City) dalam saingan Piala AFC dengan kali terakhir mereka tewas di tangan anak-anak buah Bojan Hodak ketika aksi final peringkat zon.
Pada perlawanan tersebut, PSM terpaksa akur dengan kekalahan besar 5-2 selepas sebelum itu mereka cemerlang menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) ketika aksi berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta,Bali.