PSG Terpaksa Akur Terus Kempunan UCL Selepas Disingkirkan Oleh Bayern Munich

Harapan Paris Saint Germain (PSG) untuk menjulang gelaran Champions League pertama mereka terkubur selepas mereka disingkirkan oleh Bayern Munich di pusingan 16 terbaik awal pagi tadi.

PSG tewas 2-0 di tangan gergasi Bundesliga itu dengan mereka tersingkir selepas kekalahan aggregate 3-0 di tangan Bayern Munich.

Turun dalam aksi leg kedua, PSG jelas sekali sedar yang mereka perlu lebih bekerja keras untuk layak ke pusingan seterusnya selepas mereka tewas dalam aksi leg pertama di Parc des Princes.

Bekas bintang sendiri, Kingsley Coman berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Bayern Munich menewaskan Bayern Munich dalam aksi leg pertama sebelum ini.

PSG perlu mencari kelebihan dua gol dalam perlawanan pada hari ini untuk melayakkan mereka ke pusingan seterusnya.

Ketika aksi babak pertama dalam perlawanan pada hari ini, PSG memiliki kesempatan emas untuk membuka tirai jaringan awal.

Kesilapan dungu dari penjaga gol, Yann Sommer secara tak langsung memberi kesempatan emas kepada kelab dari Perancis itu untuk memperoleh gol awal.

Vitinha cuba memanfaatkan kesempatan tersebut, namun percubaan pemain midfield itu berjaya diselamatkan oleh pemain centre back, Matthijs de Ligt.

Masuk aksi babak kedua, kedua-dua pasukan dilihat bersungguh-sungguh mencari gol awal dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-61 permainan, Bayern Munich berjaya membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini menerusi Eric Maxim Choupo Moting.

Ketinggalan 1-0, PSG jelas sekali semakin tertekan kerena mereka perlu mencari sekurang-kurang dua gol hanya untuk mengikat kedudukan dan menghidupkan harapan mereka dalam pertandingan ini.

Kylian Mbappe turut memiliki beberapa kesempatan untuk memperoleh gol, namun segala usaha beliau menemui jalan buntu.

Dengan PSG sedang berusaha memburu gol, Bayern menambah lagi garam pada luka lawan selepas mereka meledak gol kedua dalam perlawanan ini.

Serge Gnabry meledak gol kedua Bayern Munich dalam perlawanan ini, seterusnya mengubah kedudukan menjadi 3-0 secara aggregate.

Wisel penamat dibunyikan, seterusnya mengesahkan tempat untuk skuad kendalian Julian Nagelsmann itu layak ke peringkat suku akhir pertandingan ini.

Ia jelas sekali satu hal yang sangat mengecewakan untuk PSG dengan mereka terus menerus gagal untuk memenangi piala terbesar di benua Eropah itu.

Walau sudah berbelanja besar, namun PSG masih tetap gagal untuk menjulang Piala yang sangat mereka impikan itu.

Gandingan dua pemain terbaik di pentas Piala Dunia, Lionel Messi dan Kylian Mbappe juga tidak cukup untuk membantu PSG mencapai cita-cita mereka itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN