PSG Sekat RM1.74 Juta Gaji Neymar Kerana Ponteng

PSG menyekat €375 ribu ataupun sekitar RM1.74 juta daripada gaji Neymar kerana pemain itu gagal menghadirkan diri seperti yang telah diwajibkan oleh kelab.

Ianya merupakan sebahagian daripada klausa disiplin yang termaktub dalam kontrak pemain itu. Klausa itu akan diaktifkan apabila Neymar melakukan kesalahan disiplin dan melakukan tindakan yang tidak sewajarnya.

Kelmarin PSG mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ketidakhadiran Neymar tanpa kebenaran daripada kelab. PSG turut menyatakan mereka akan mengambil tindakan yang setimpal dengan kesalahan dilakukan oleh Neymar.

Neymar sebelum ini cedera ketika perlawanan pemanas badan Copa America. Beliau tidak terlibat di dalam kempen Copa America 2019. Oleh sebab itu PSG sangat memerlukan pemain itu melapor diri segera untuk menjalani penilaian daripada pakar kecergasan.

Walaubagaimanapun pihak Neymar Junior menerusi ejen beliau – ayahnya sendiri – menyatakan Neymar sudah memaklumkan Kepada kelab bahawa beliau akan kembali selepas 15 Julai.

PSG dalam kenyataan mereka terang-terangan menyebut pemain itu tidak diberikan sebarang kebenaran atau pun kuasa untuk tidak hadir dalam sesi pertama latihan pra musim. Jadi, Neymar perlu hadir segera.

Neymar pernah menyatakan ketidakgembiraan beliau berada di PSG dan mahu kembali semula ke Barcelona. Ianya respon kepada kenyataan presiden PSG yang menyatakan bahawa kelab itu sudah tidak mahu lagi melayan karenah pemain-pemain yang besar kepala.

Nasser Al Khelaifi turut mengingatkan Neymar bahawa mereka tidak pernah memaksa atau mendesak pemain itu datang ke PSG. Sebaliknya pemain itu tak tahu sendiri selepas melihat pelan projek pasukan tersebut.

Pengarah Sukan PSG – Leonardo sudah memberikan lampu hijau kepada Neymar untuk dibeli mana-mana kelab yang menawarkan harga yang memuaskan hati PSG.

Neymar pula sudah menyuarakan bahawa beliau hanya mahu berpindah ke Barcelona.

Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu dalam ucapan beliau sebelum ini juga mengesahkan bahawa Neymar mahu meninggalkan PSG namun Barcelona mungkin tidak akan mampu membayar harga pemain itu.

Mereka juga merasakan bahawa Ousmane Dembele adalah pilihan yang lebih baik daripada Neymar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN