PSG Sedia Bawa Masuk Dembele Berganding Dengan Neymar Dan Mbappe

Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dikhabarkan cuba memancing penyerang muda Barcelona, Ousmane Dembele dan pengarah sukannya, Antero Henrique sudah menghubungi kelab Sepanyol itu bagi mengadakan perbincangan mengenai pemain itu.

Pengendali PSG, Thomas Tuchel mahukan kembali khidmat pemain berusia 21 tahun itu yang pernah beraksi di bawah kendaliannya di Borussia Dortmund sebelum pemain muda terbabit berpindah ke Barcelona.

PSG gagal mendapatkan khidmatnya apabila Dembele memilih kelab Catalan itu yang menyaksikan dia berdepan kempen mengecewakan pada musim pertamanya di Camp Nou.

Pegawai dari kelab Paris itu mengharapkan prospek untuk beraksi bersama Neymar dan juga rakan sepasukannya di Perancis, Kylian Mbappe dapat menarik minat Dembele untuk kembali semula ke Perancis.

Namun, pemain sayap itu yang memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis sudah menyatakan keinginannya untuk terus kekal merebut tempat di pasukan itu.

https://twitter.com/Cataloniacs/status/1028218720898961408

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal turut berminat dengannya, namun tidak dapat berbuat demikian memandangkan jendela perpindahan beraksi di liga itu sudah berakhir.

Ketika ditanya mengenai masa depannya di laman media sosial Twitch, Dembele berkata: “Saya akan kekal di Barcelona. Saya bersedia untuk beraksi pada Piala Super.”

https://twitter.com/lucasammr/status/1028052188503965697

Barcelona akan membuka kempen baharunya dengan berdepan Sevilla pada aksi Piala Super Sepanyol sebelum menentang Alaves pada aksi pertama di laman sendiri musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN