PSG sudah mengesahkan bahawa Gianluigi Buffon tidak akan bersama pasukan itu lagi pada musim hadapan.
Kini kelab dari Paris itu sedang mencari penjaga gol yang baharu. Yang menariknya, pemburuan penjaga gol oleh PSG buat masa ini bukan David De Gea, tetapi Keylor Navas.
PSG sebelum ini dikaitkan dengan David De Gea. Tetapi kini mereka dalam usaha untuk membawa masuk Keylor Navas bagi menggantikan Gianluigi Buffon.
Reports in Spain and France link Navas to PSGhttps://t.co/bQuqs1VHjZ
— beIN SPORTS USA (@beINSPORTSUSA) June 6, 2019
Sebelum musim berakhir, Zinedine Zidane mengesahkan beliau akan melepaskan Keylor Navas kerana mereka sudah ada Thibaut Courtois.
Laporan Marca menyebut, PSG sudah memulakan diskusi untuk membawa masuk Keylor Navas ke Paris. Navas akan bersaing dengan Alphones Areola untuk menjadi penjaga gol no.1 PSG.
Walaubagainapun, Real Madrid dilaporkan enggan melepaskan penjaga gol itu secara percuma. Mereka meminta PSG untuk membayar yuran perpindahan untuk Keylor Navas.
Berita ini pastinya mengejutkan PSG yang menganggap Real Madrid memberikan pelepasan kepada Navas untuk pergi secara ejen bebas.
TV El Chiringuito semalam melaporkan, jika PSG enggan membayar yuran perpindahan untuk Navas, Real Madrid lebih rela untuk melihat pemain itu kekal dan membayar gaji Navas sebagai pemain simpanan.
🚨🚨🚨NOTICIA #JUGONES | El PSG quiere a KEYLOR NAVAS… GRATIS. pic.twitter.com/b6yVkCntbK
— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) June 6, 2019
Nampaknya, masa depan Keylor Navas agak rumit. Adakah Keylor Navas akan mendesak perpindahan ke PSG?