Kelayakan Piala Dunia: Tan Cheng Hoe Harap Keadaan Cuaca Bertambah Baik

Malam ini skuad Harimau Malaya bakal memulakan cabaran pertama mereka dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila dijadualkan menentang Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan kali ini cukup mencabar kerana berlatih pada bulan ramadhan sehingga pemain terpaksa mengorbankan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga demi tugasan penting bersama skuad kebangsaan.

Justeru itu, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengharapkan keadaan cuaca yang dijangka hujan tidak menggangu rentak permainan anak buahnya sehingga menjejaskan misi untuk membawa bekalan gol yang selesa di perlawanan kedua.

“Saya juga mengharapkan cuaca baik dan keadaan padang sudah diperbaiki kerana perkara ini juga mempengaruhi persembahan pemain nanti.

“Pada masa sama, pemain turut memahami tanggungjawab mereka yang terpaksa melupakan seketika sambutan hari raya demi menggalas cabaran negara,” katanya dalam harian metro.

Barisan 23 pemain akhir yang dipilih menentang Timor Leste. FOTO: FAM

Daripada 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat, hanya 23 pemain terbaik dipilih membawa cabaran negara dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Syahmi Safari yang sebelum ini dibelenggu kecederaan ketika beraksi bersama Selangor terpaksa melupakan hasrat menyarung jersi kebangsaan kerana belum pulih sepenuhnya.

Dua lagi pemain yang terpaksa akur digugurkan adalah Rodney Celvin dan Halim Shaari. Halim mengalami kecederaan ketika membantu Malaysia mengatasi Nepal 2-0 dalam perlawanan persahabatan Ahad lalu.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya di padang MSN semalam. FOTO: FAM

Malaysia, yang menduduki ranking ke-168 dunia perlu mencatatkan kemenangan untuk mara ke pusingan kedua kempen kelayakan itu.

Di pusingan kedua, 40 pasukan iaitu pasukan yang berada di ranking 1 hingga 34 asia serta 6 pasukan yang menang di pusingan pertama akan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 pasukan.

Hanya juara kumpulan dan 4 pasukan naib juara yang terbaik akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2023. Manakala baki pasukan yang lain akan beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023.

SENARAI PEMAIN

Penjaga gol : Mohd Farizal Marlias (JDT), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS)

Pertahanan : Adam Nor Azlin, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Syazwan Andik, La’vere Corbin-Ong (JDT), Matthew Davies (Pahang), Shahrul Mohd Saad (Perak), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)

Tengah / Sayap : Mohamed Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (JDT), Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Mohamadou Sumareh (Pahang), Kenny Pallraj Davaragi (Perak), Mohd Syazwan Zainon, Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor), Muhammad Akram Mahinan (PKNS)

Penyerang : Muhammad Syafiq Ahmad (JDT), Norshahrul Idlan Talaha, Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN