Perpindahan Jese Rodriguez ke PSG sebelum ini dilabel oleh Nasser Al Khelaifi sebagai ‘fraud’. Ianya selepas 6 bulan Jese Rodriguez berada di kelab Paris tersebut.
Nasser menyatakan ia adalah perpindahan paling teruk yang pernah dilakukan PSG sejak diambil alih oleh beliau.
Bermula indah
Kisahnya bermula indah. Media menganggap kedatangan Jese Rodriguez ke Perancis adalah satu perkara besar dalam perpindahan musim lalu.
Ramai juga melabel harga £21 juta sebagai murah untuk bakat muda ini. Jese sendiri mendedahkan beliau menolak banyak tawaran kelab lain demi untuk datang ke PSG.
Jese adalah pemain yang berkualiti. Namun beliau terpaksa meninggalka Real Madrid untuk mendapatkan lebih perlawanan bola sepak di luar Madrid.
Jese bermasalah
Namun segalanya berubah apabila pemain ini gagal menyumbang banyak di dalam padang. Pemilik kelab, Nasser Al-Khelaifi mulai mendengar banyak laporan tidak enak tentang pemain ini.
Jese telah hanyut dengan kehidupan sosial dan hiburan di kota Paris. Beliau gagal meningkatkan permainan beliau dan seakan-akan tidak kisah untuk berusaha merampas tempat dalam kesebelasan utama.
Unai Emery juga kecewa apabila Jese Rodriguez tidak berusaha mencari rumah berdekatan dengan pusat latihan. Jese Rodriguez masih menyewa hotel mewah yang dipenuhi dengan kehidupan selebriti.
Jese juga tidak mahu menghadiri kelas Bahasa Perancis untuk meningkatkan komunikasi beliau di dalam pasukan.
Jese Ke Las Palmas
Disember lalu, Presiden Kelab Nasser Al Khelaifi menyatakan beliau akan menghantar pemain ini ke Las Palmas. Ramai media menganggap ia mungkin satu gurauan dari beliau.
Namun rupanya ia benar. Semalam, kelab PSG mengesahkan pemain ini sah menyertai Las Palmas.
Dalam laman sesawang rasmi Las Palmas mereka membuat pegumuman rasmi dengan mengumukan nombor skuad untuk Jese Rodriguez. Beliau akan memakai no.10.
Setakat ini, PSG tidak ada petanda mahukan pemain ini kembali ke PSG. Peminjaman beliau ke Las Palmas mungkin untuk menaikkan sedikit harga pasaran Jese untuk mereka jual pada musim hadapan.
Baca juga: Alan Vest: Kisah Jurulatih Lagenda Sarawak Bersama Hulubalang Importnya