Laporan dari Perancis mengatakan Paris Saint-Germain (PSG) akhirnya berjaya meyakinkan Zinedine Zidane untuk menggantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus.
Perkara itu didedahkan wartawan RMC, Daniel Riolo, yang mengatakan legenda bola sepak Perancis itu kini sudah sedia untuk kembali ke dalam bidang pengurusan bersama jaguh Ligue 1 itu.
Namun demikian, perubahan tersebut tidak akan berlaku dalam masa terdekat dan Pochettino dibenarkan untuk mengendalikan pasukan sehingga tamat saingan musim ini.
🚨 Paris Saint-Germain have reportedly agreed terms with Zinedine Zidane to replace Mauricio Pochettino as head coach at the end of the season.
(Source: RMC Sport) pic.twitter.com/7IjO83DHj7
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 7, 2022
Riolo adalah wartawan yang sama mendedahkan perpindahan Lionel Messi ke PSG pada musim panas lalu. Ini menjadikan laporan terkini mengenai kedudukan Pochetino dan Zidane dilihat sebagai sahih.
Jika kenyataan ini benar, Zidane akan tiba di Paris pada musim panas akan datang untuk melatih Messi dan Neymar. Pochettino pula dipercayai akan kembali ke Liga Perdana Inggeris dan menjadi pengurus tetap Manchester United.
Ketibaan Zidane juga dipercayai untuk meyakinkan dan usaha PSG mengekalkan Kylian Mbappe di Parc des Princess.
🚨 Zinedine Zidane will be the coach of PSG by June 2022 "at the latest"!
Kylian Mbappé could even change his mind and stay at the French club if Zidane joins.
(Source: After Foot) pic.twitter.com/nvbmVv764p
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 6, 2022
Buat masa sekarang, Mbappe dibenarkan berbincang dengan kelab-kelab lain dan akan menjadi ejen bebas pada Jun nanti seperti yang termaktub di dalam peraturan Bosman.
Mbappe sebelum ini secara terbuka menyatakan minat dan impiannya untuk menyarung jersi Real Madrid. Tetapi usaha PSG mengikat Zidane untuk meyakinkan Mbappe mungkin sudah terlambat kerana laporan dari Sepanyol pula mengatakan Mbappe sudah nekad untuk berhijrah pada musim panas akan datang.