PSG Berhadapan Krisis Jentera Serangan

Pengurus Paris St-Germain (PSG), Thomas Tuchel pasti pening kepala dengan kecederaan yang menimpa dua penyerang utama skuad itu, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe.

Buat masa ini kedua-dua pemain terpaksa disisihkan masing-masing selama empat dan tiga minggu.

Kedua-dua pemain mengalami kecederaan ketika PSG menang 4-0 ke atas Toulouse dalam perlawanan Ligue 1 pada hujung minggu lalu.

Penyerang Uruguay, Cavani mengalami kecederaan pinggul manakala bintang Piala Dunia Perancis, Kylian Mbappe mengalami kecederaan harmstring.

Kecederaan tersebut menyebabkan kedua-dua pemain terpaksa disisihkan sekurang-kurangnya untuk dua perlawanan seterusnya untuk juara bertahan Ligue 1 itu.

Cavani dijangka akan pulih menjelang perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League, yang akan bermula pada 17 atau 18 September hadapan.

Sebelum ini Tuchel membayangkan akan menurunkan Neymar untuk perlawanan seterusnya, walaupun pemain itu dikaitkan dengan perpincahan ke Barcelona atau Real Madrid.

Neymar tidak boleh beraksi tiga perlawanan pertama Ligue 1 musim ini kerana harus menjalani pergantungan tiga perlawanan selepas insiden menumbuk muka penyokong lawan pada musim lalu.

Masa depan pemain dari Brazil itu terus menjadi pertanyaan ramai, tatkala jendela perpindahan eropah akan ditutup pada 2 September hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN