PSG Bakal Tampilkan Anak George Weah Menentang Troyes

Jaguh Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) bakal berhadapan dengan pasukan yang sedang bergelut di kelompok bawahan Ligue 1, Troyes dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada tengah malam nanti.

Untuk perlawanan tersebut, jurulatih Unai Emery mempunyai pelan tersendiri apabila turut memanggil buat kali pertama anak kepada Presiden Liberia, Timothy Weah di dalam skuad yang akan berkunjung ke Stade de I’Aube itu.

Beberapa nama besar turut digugurkan daripada perlawanan menentang Troyes seperti Kylian Mbappe, Javier Pastore dan Marco Verratti, untuk memberi ruang kepada pemain berusia 18 tahun itu ruang untuk menyinar.

Tindakan merehatkan beberapa pemain utama oleh Unai Emery ialah sebagai salah satu rangka persediaan mereka untuk berhadapan dengan Real Madrid pada Selasa nanti dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Setelah ketinggalan 3-1 secara agregat, Emery pasti mengharapkan pemain seperti Mbappe akan cergas sepenuhnya menjelang Selasa hadapan.

Dan setelah hampir pasti bakal hilang khidmat Neymar untuk tiga bulan berikutnya, tindakan Emery merehatkan pemain-pemain utama skuad berkenaan adalah masuk akal.

Timothy Weah of PSG warms up before the UEFA Youth League match (round of 16) between Paris Saint Germain (PSG) and FC Barcelona, on February 20, 2018 in Saint Germain en Laye, France. (Photo by Dave Winter/Icon Sport)

Selain daripada Edinson Cavani yang turut direhatkan, pemain pertahanan, Marquinhos tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang Troyes kerana kecedraan.

Untuk itu, Emery mengandalkan kepercayaan kepada pemain antarabangsa (peringkat umur) Amerika Syarikat, Timothy Weah yang juga merupakan anak kepada pemenang Ballon d’Or 1995, George Weah.

Bersama-sama Timothy, pemain berusia 20 tahun, Lorenzo Callegari turut dijangka akan beraksi. Penjaga gol Alphonse Areola turut disenaraikan ke dalam skuad untuk berhadapan Troyes, namun Emery membayangkan pemain itu mungkin tidak akan menunjukkan aksi.

Walaupun tidak menurunkan skuad utama untuk berhadapan cabaran Troyes, masih tiada tempat untuk bekas bintang Newcastle United dan Nice, Hatem Ben Arfa yang disisihkan selepas disahkan oleh Emery sebagai pemain tambahan di dalam skuad sedia ada di PSG.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN