Mourinho Bayangkan Ibrahimovic Bakal Tinggalkan Old Trafford

Zlatan Ibrahimovic

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho membayangkan Zlatan Ibrahimovic bakal meninggalkan Old Trafford pada akhir musim ini.

Spekulasi mulai menyelubungi masa depan penyerang berusia 36 tahun itu, dengan perkhabaran Major League Soccer (MLS), bakal menjadi arena baharu pemain tersebut selepas England.

Zlatan Ibrahimovic
(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Antara kelab di Amerika Syarikat yang serius mahu mendapatkan khidmat Ibrahimovic ialah Los Angeles Galaxy.

Khidmat Ibrahimovic dilepaskan oleh Manchester United pada musim panas yang lalu selepas pemain tersebut mengalami kecederaan lutut yang serius.

Selepas menjalani rawatan intensif dan pulih lebih pantas daripada tempoh yang dijangkakan, pemain itu kemudiannya menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United pada Ogos tahun lalu.

(Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

Ibrahimovic kemudiannya tampil sebanyak 7 kali untuk Manchester United di antara November sehingga ke musim perayaan Krismas dan Boxing Day, sebelum mengalami kecederaan yang sama ketika menentang Burnley.

“Untuk Zlatan, kami berpendapat ini adalah musim terakhir beliau di Manchester United,” ujar Mourinho.

“Ia adalah satu keputusan yang sangat peribadi untuk dilakukan oleh beliau sama ada untuk terus bermain atau pun sebaliknya.”

“Beliau mempunyai hak untuk menentukan masa hadapannya sendiri. Zlatan ialah seorang pemain yang hebat, dan telah melalui banyak kejayaan di dalam karier.”

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

“Kecederaan tersebut merencatkan sedikit perjalanan karier beliau, terutamanya selepas bermula dengan baik bersama kami.”

“Musim ini amat sukar buat Zlatan. Dia tidak cedera. Adakah beliau gembira? Adakah beliau yakin dan berada di dalam keadaan bersedia untuk membantu pasukan?”

“Jawapannya tidak. Tetapi Zlatan adalah seorang profesional yang jujur. Beliau hanya akan diturunkan untuk perlawanan apabila benar-benar telah bersedia.”

“Buat masa ini beliau sedang bekerja keras untuk kembali ke tahap tersebut. Sudah tentu Zlatan sedang mencari jawapan yang positif di dalam karier beliau,” jelas Mourinho panjang lebar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN