Protes Dalam Bola Sepak: Pendirian FIFA Sudah Berubah, Kenapa Kita Tidak?

FIFA Protes

Sejak sekian lama, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah bertindak menghukum pemain, pasukan dan penyokong yang didapati membuat protes atau slogan mengenai isu di luar padang yang dianggap ‘sensitif’.

Namun demikian, sejak akhir-akhir, badan pentadbir tertinggi bola sepak dunia itu dilihat bersedia untuk bertoleransi dengan ‘kekaburan’ yang melibatkan isu politik, kemanusiaan dan sukan.

Pada Rabu lalu, pemain-pemain Norway mengenakan baju yang tertulis ‘Hak asasi manusia – dalam dan luar padang’ semasa berbaris sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Gibraltar bermula.

Ia disusuli oleh skuad Jerman pada keesokan harinya yang mengambil tindakan serupa sebelum aksi mereka bertemu Iceland di Duisberg.

Bagi kedua-dua kes ini, jelas bahawa sasaran protes tersebut adalah negara tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar yang terpalit dengan isu penindasan terhadap golongan pekerja asing yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan venua kejohanan tersebut.

Jika merujuk kepada kebiasaan tindakan yang akan diambil oleh FIFA, kemungkinan besar kedua-dua negara tersebut akan didenda dan seterusnya diberi amaran untuk tidak mengulangi perbuatan membawa masuk hal ‘berbaur politik’ ke dalam padang.

Dalam Peraturan 4 yang terkandung dalam Undang-Undang FIFA, semua pemain, pasukan atau penyokong dilarang untuk mempamerkan slogan atau isyarat ‘berbaur politik’ seperti mana yang tertakluk dalam kod etika dan disiplin.

Bagaimanapun, FIFA dalam responnya terhadap protes tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menghormati ‘kebebasan bersuara’ dan tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada skuad Norway dan Jerman.

Malah presidennya, Gianni Infantino menjelaskan pemain-pemain itu berhak menerima penghargaan dan bukannya hukuman.

Sejak kebelakangan ini FIFA sendiri menyokong usaha atau kempen memperjuangkan ‘kemanusiaan’ terutamanya sejak tercetusnya gelombang perkauman yang meragut nyawa seorang warga Amerika Syarikat berkulit hitam, George Floyd.

Bermula dengan protes beberapa orang pemain di Bundesliga yang mengenakan lilitan tangan dan menulis slogan tertentu di baju, ia kemudian disertai oleh liga-liga lain di seluruh dunia yang bersama menyemarakkan kempen ‘Black Lives Matter’.

Liga Perdana Inggeris (EPL) turut tidak ketinggalan melancarkan kempen serta menggalakkan semua pemain dan pegawai melutut sebelum perlawanan bermula sebagai tanda sokongan.

FIFA dan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sendiri telah memperkenalkan kempen ‘Respect’ (Hormat) dan ‘No Racism’ (Tiada Perkauman) bagi menentang diskriminasi kaum dan warna kulit yang berlaku di seluruh dunia.

Maka dengan sebab itulah penulis mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengenakan hukuman penggantungan terhadap pemain Selangor 2, Hein Htet Aung yang dikatakan mempamer simbol yang didakwa ‘berbaur politik’.

Sedangkan niat dan tujuan pemain import dari Myanmar itu jelas, melahirkan sokongan dan solidariti kepada rakyat di negara kelahirannya yang sedang berdepan dengan tindakan zalim junta tentera sehingga berlaku kematian termasuk golongan remaja dan kanak-kanak.

Jawatankuasa Tatatertib FAM sepatutnya lebih sensitif dan membuat pertimbangan sewajarnya kerana pergolakan yang sedang berlaku di Myanmar bukanlah semata-mata isu politik, tetapi ia melibatkan isu kemanusiaan.

Jika FIFA yang jauh lebih besar kedudukannya boleh menggunakan budi bicara dalam hal hak asasi manusia dan kemanusiaan, kenapa tidak kita?

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain:

Hukum Pemain Selangor 2, Adakah FAM Tiada Nilai Kemanusiaan?

‘Apa Istimewanya Natxo Insa?’ – Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM Cetus Kemarahan

5 Protes Keras Dilakukan Pemain Bintang Ke Atas Pengadil Yang Paling Diingati

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN