Analisis: Prospek Kedudukan Akhir Musim, Kelab Championship Yang Popular Di Malaysia

Ada beberapa kelab di Liga Championship yang kerap kita rindui nama mereka untuk beraksi di EPL.

5 perlawanan lagi

5 lagi baki perlawanan bakal dihabiskan untuk musim ini. Rotherham United telah mengesahkan mereka bakal bersaing dalam League One musim hadapan. Maka, slot penyingkiran ke League One telah berbaki dua slot.

Menyebut mengenai promosi ke Premier League. Setakat 9 April, Newcastle dan Brighton paling kurang sudah menempatkan diri di zon play-off ataupun penentuan.

Namun begitu, kedua-dua kelab itu tampak akan kekal di zon automatik yakni dua teratas.

Huddersfield, Reading, Leeds dan Sheffield Wednesday masih berpeluang merebut untuk berada di zon dua teratas dengan syarat mengutip mata penuh baki 5 perlawanan. Itu pun jika Newcastle dan Brighton keciciran mata.

Pertarungan ke final play-off

Fulham dan Sheffield Wednesday saling bertukar tempat ke-6 dan ke-7 dalam setelah mengharungi beberapa perlawanan yang lalu.

Tetapi, ada beberapa kelab secara matematiknya berpotensi mencabar slot play-off sekiranya kelab teratas kehilangan mata.

Antara kelab tersebut ialah; (8) Derby, (9) Preston, (10) Norwich, (11) Aston Villa. Selain itu, (12) Brentford, (13) Barnsley, 14 (Cardiff), 15 (Wolves).

Nostalgia dan sentimental

Beberapa kelab yang bersaing dalam Championship merupakan kelab yang dekat di hati peminat bola sepak Inggeris di Malaysia.

Dalam kata lain, ia merupakan nostalgia dan sentimental dengan kita kerana kita disajikan dengan aksi mereka secara percuma di tv ketika era 90-an.

Hari ini, fokus ditumpukan kepada prestasi musim ini untuk kelab championship yang popular di Malaysia.

Nota editor: Kesemua kelab dalam senarai ini sudah bermain 41 perlawanan setakat ini, ketika artikel ini diterbitkan

1. Newcastle United

Kedudukan semasa: 2

Diuruskan oleh Rafael Benitez untuk musim ini. Bagi yang tidak mengetahui, Rafa pernah menguruskan Extremadura, sebuah kelab Segunda Liga Sepanyol pada musim 1997-98 dan membawa naik mereka ke Premiera Liga.

Pengalaman berada di divisyen bawah dimanfaatkan Rafa untuk membentuk Newcastle yang memukau.

Kesannya, Dwight Gayle menjadi penyerang Toons dan menjaringkan 22 gol liga untuk musim ini. Menariknya, pertahanan Toons majoriti berumur 25 tahun ke bawah.

Kini Dwight berada di tangga kedua penjaring terbanyak Championship untuk musim ini. Rafael Benitez juga meraih pengurus terbaik bulan Oktober untuk Championship.

Ramalan semuanyaBOLA: Layak ke Premier League secara automatik.

2. Leeds United

Kedudukan semasa: 5

Jika Leeds layak kembali ke Premier League pada akhir musim ini, Massimo Cellino boleh menamatkan kepercayaan karut terhadap nombor 17!

Generated by IJG JPEG Library

Malah, kebarangkalian tinggi untuk Garry Monk kekal di Elland Road walaupun ramai meramalkan beliau akan disingkirkan oleh rejim Massimo Cellino.

Penyerang New Zealand, Chris Wood banyak membantu Leeds berada di kedudukan 6 teratas.

24 gol musim ini dalam saingan liga telah memberikan impak. Chris Wood kini mendahului carta penjaring terbanyak Championship musim ini.

Unsur Dirty Leeds masih terpakai apabila salah seorang pertahanan mereka Pontus Jansson mengutip 12 kad kuning dalam saingan Championship musim ini.

Jika mengikut ranking kutipan kad kuning, Pontus berada di kedudukan kedua.

Ramalan semuanyaBOLA: Layak ke zon play-off

3. Fulham

Kedudukan semasa: 7

Slavisa Jokanovic memanfaatkan Chris Martin yang dipinjam daripada Derby County. Chris Martin menjaringkan 10 gol setakat ini.

Rakan sepasukannya, Tom Cairney menjaringkan 9 gol. Cottagers sedang cuba meraih slot play-off, dengan syarat mereka dapat melepasi Sheffield Wednesday.

Ramalan semuanyaBOLA: Layak ke zon play-off

4. Derby County

Kedudukan semasa: 8
Jumlah perlawanan setakat ini: 41 perlawanan

Derby sudah boleh melupakan /‘move on’ dari perubahan pengurusan selepas Steve McClaren dipecat.

Gary Rowett dibawa masuk. Tom Ince menjaringkan 13 gol liga setakat ini.

Ramalan semuanyaBOLA: Layak ke zon play-off

5. Norwich

Kedudukan semasa: 10

Seperti Derby, Canaries dalam proses transisi untuk setelah pemergian Alex Neil. Cameron Jerome menjaringkan 15 gol dilihat tidak cukup untuk membantu Canaries untuk terbang lagi tinggi.

Namun, mereka ada Jacob Murphy yang sedang menyinar dengan 9 gol.

Ramalan semuanyaBOLA: Kekal di Championship

6. Aston Villa

Kedudukan semasa: 11

Apa sudah jadi dengan kelab Midlands ini. Aston Villa sedang dibentuk dalam acuan Steve Bruce, seorang pengurus yang terkenal dalam bab mempromosi kelab ke Premier League.

Namun buat masa ini, antara kelab paling banyak pengikut di England termasuk pernah menjadi Juara Eropah ini masih bergelut dari hari pertama lagi.

Jonathan Kodija menjaringkan 9 gol untuk Villa dalam liga setakat ini. Agak memberangsangkan. Jika gagal naik ke Premier League untuk musim depan, Steve Bruce harus diberi masa lagi.

Ramalan semuanyaBOLA: Kekal di Championship

7. Cardiff

Kedudukan semasa: 14

Seorang lagi pakar promosi, Neil Warnock berada di Cardiff. Jika diberi masa, Cardiff boleh pergi lebih jauh daripada kedudukan sekarang.

Mujurlah Kenneth Zohore, ‘centre-foward’ mereka telah menjaringkan 11 gol untuk Bluebirds dalam saingan liga.

Ramalan semuanyBOLA: Kekal di Championship

8. QPR

Kedudukan semasa: 16

Agak pelik kenapa Ian Holloway tidak dipilih Rangers lebih awal?

Mungkin Rangers sudah ditakdirkan lebih lama di Championship daripada Premier League. Gandingan Idrissa Sylla dan Conor Washington telah menjaringkan 14 gol untuk Rangers musim ini.

Ramalan semuanyaBOLA: Kekal di Championship

9. Nottingham Forest

Kedudukan semasa: 19

Nottingham Forest kini di tangga ke-19? Biar betul? Juara Eropah dua kali ya?

OK, itu boleh jadi modal jika ada sesiapa ketawakan Forest. Forest kini bergelut untuk selamat di Championship.

Mark Warburton seolah diberi misi untuk selamatkan Forest dalam saingan liga. Musim hadapan jika beliau kekal adalah bonus. Maklumlah, Forest pun kuat pecat pengurus!

Ramalan semuanyaBOLA: Kekal di Championship

10. Blackburn Rovers

Kedudukan semasa: 5

4 mata beza dengan Bristol City untuk selamat dalam saingan. Rovers sekarang berada di tangga ketiga tercorot yang menjanjikan penyingkiran ke League One.

Danny Graham dengan 11 gol pun tak membantu mana. Pasti kehilangan pertahanan Grant Hanley kepada Newcastle amat dirasai.

Ramalan semuanyaBOLA: Selamat tinggal Championship

Kesimpulan

Kami pasti ramai yang masih ambil cakna Championship ini. Tetapi, hanya kepada kelab yang popular.

Pernah ada kelab yang kurang popular beraksi di Premier League setelah naik dari Championship. Sayangnya kurang mencuri perhatian peminat di negara ini. Contohnya, Blackpool, Bournemouth, Wigan, Reading.

Rasanya wajarlah Championship ini disiarkan semula terutama perlawanan panas seperti derbi Birmingham, East Anglia, Yorkshire dan West Midlands.

Ramalan kami musim ini, Newcastle dan Brighton akan naik ke EPL tetapi Huddersfield akan naik ke EPL melalui play-off.

Apa pula ramalan anda, kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Baca juga: Lelaki Ini Beri 4 Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Sangat Gilakan Fantasy Premier League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN