Lelaki Ini Beri 4 Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Sangat Gilakan Fantasy Premier League

Umum mengetahui Fantasy Premier League (FPL) merupakan permainan yang memerlukan anda memilih pasukan terbaik bagi meraih markah tertinggi setiap minggu.

Pemain dari 20 pasukan yang bersaing dalam Premier League (PL) perlu dipilih untuk melengkapkan senarai 15 pemain pasukan anda dimana hanya 3 pemain dari pasukan yang sama sahaja dibenarkan untuk dipilih oleh anda.

Permainan ini bukan sahaja dimainkan sekadar untuk mengisi masa lapang namun terdapat sekumpulan anak muda yang obses pada permainan yang penuh dengan taktikal dan memerlukan kajian yang menyeluruh ini.

Komuniti ‘Kaki Fantasy Football’ merupakan antara penggerak yang telah mewujudkan satu fenomena yang tanpa disangka-sangka menimbulkan kegilaan terhadap permainan ini di Malaysia.

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan FPL semakin dekat di jiwa anak muda:

1) Populariti Premier League di Malaysia

Tidak keterlaluan diperkatakan bahawa faktor kemeriahan PL itu sendiri mengakibatkan keadaan ini berlaku.

Stesen TV berbayar (Astro) menyiarkan hampir 4 siaran langsung yang melibatkan pasukan PL yang sekaligus mendekatkan lagi liga tersebut dihati para peminat bolasepak tanah air.

Tidak hairanlah kelab peminat pasukan-pasukan PL ini turut wujud di Malaysia sebagai contoh Liverpool FC Malaysia, Manchester United Fan Club, Malaysia Blues Army (Chelsea) dan banyak lagi pasukan yang turut mempunyai kelab peminat tersendiri di Malaysia.

Sumber berita mengenai pasukan di PL juga begitu meluas dan adakalanya disiarkan edisi khas buat peminat sukan fantasi ini mengenai pemain yang bakal menyinar pada setiap minggu.

Dalam masa yang sama, info mengenai pemain yang mengalami kecederaan dan sebagainya turut disediakan dan ia memudahkan golongan peminat sukan ini untuk memilih kesebelasan utama mereka.

2) Komuniti yang kuat

Antara komuniti Facebook yang aktif dalam meluaskan pengaruh serta minat orang ramai terhadap permainan ini adalah seperti Kaki Fantasy Football (komuniti paling ‘otai’), Allstar Fantasy Football Group, SK League Fantasy Football, BKKB dan banyak lagi.

Permainan ini juga kini tidak boleh disandarkan sebagai hobi semata-mata kerana terdapat pertandingan yang dibuat menawarkan hadiah kemenangan lumayan buat pemenang yang dianjurkan oleh komuniti tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa komuniti tersebut berjaya menarik minat orang ramai khususnya anak muda dalam menyertai pertandingan yang diadakan.

Antara pertandingan yang dijalankan adalah seperti berikut:

  • Allstar Thomas Cup (dimainkan secara berpasukan)
  • SK League 7v7 (dimainkan secara berpasukan)
  • Allstar Gold Cup Championship (individu)
  • Women’s Individual Allstar Fantasy (individu)
  • SK Tag Team dan banyak lagi

3) Facebook laman bertukar idea

Walaupun hanya bermain permainan ini dialam maya namun ikatan kekeluargaan jelas dapat kelihatan.

Ia boleh dilihat apabila setiap yang berada dalam komuniti tersebut berkongsi tips mengenai pemain yang bakal dipilih, kapten yang akan digunakan pada satu-satu perlawanan dan banyak lagi info berguna dikongsi bersama.

Dalam masa yang sama juga komuniti ini turut mengadakan sesi riadah bersama-sama bagi merapatkan hubungan sesama ahli dengan mengadakan aktiviti futsal, boling, berkelah dan turut menyaksikan perlawanan PL bersama-sama mengikut kawasan mereka.

Hal ehwal kebajikan turut tidak dilupakan apabila beberapa kali kutipan derma ikhlas dibuat untuk membantu pemain FPL yang mengalami kesulitan dan membantu meringankan beban keluarga buat pemain FPL yang telah pergi buat selamanya.

4) Pengetahuan mengenai PL meningkat

Pemain FPL juga dapat mengembangkan pengetahuan mereka mengenai setiap pemain dalam semua pasukan di PL.

Penulis percaya yang mereka pasti akan dapat mengetahui setiap pemain utama untuk kesemua 20 pasukan yang bertanding dalam PL.

Tidak kira bermula dari pasukan yang kini mendahului carta liga hinggalah ke pasukan Swansea City, Middlesbrough dan Sunderland yang kini di dasar liga.

Ternyata faktor ini membuatkan para peminat begitu obses dengan FPL yang membuatkan kita seolah-olah menjadi pengurus sebenar buat pasukan fantasi anda.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Meor Abdullah Syamim yang merupakan penulis di laman Futsalvaganza. Jika mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Kerana Lakukan Provokasi Terhadap Pengadil, Neymar Mungkin Terlepas El Clasico

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN