Program ECP: Pasukan Bertanding Beri Kerjasama Baik

ECP

Pengenalan Economic Control Programme (ECP) tahun ini mendapat reaksi positif daripada pasukan Liga Malaysia apabila kesemua pasukan bertanding kecuali Sarawak United telah mengemukakan pelan perbelanjaan dan pendapatan bagi musim 2020 selepas tarikh tutup pada 6 Januari lalu.

Pihak Malaysian Football League (MFL) bagaimanapun memberikan sedikit pengecualian kepada Sarawak United FC memandangkan pasukan berkenaan baru selesai proses pemilikan daripada Selangor United.

Kelab Liga Premier itu diberikan tempoh masa untuk menyelesaikan urusan pendaftaran serta melengkapkan prosedur awal ECP itu pada 31 Januari ini.

Melihat kepada kerjasama dan komitmen penuh kesemua pasukan dalam mematuhi prosedur pertama ECP itu, MFL percaya matlamat untuk memantapkan kewangan pasukan berada dalam landasan tepat.

Pelaksanaan ECP bermula pada 15 Disember lalu di mana pasukan Liga Super dan Liga Premier dikehendaki mengemukakan pelan perbelanjaan dan pendapatan bagi musim 2020 bagi membolehkan unit ECP MFL meneliti kedudukan kewangan setiap pasukan.

Berdasarkan penelitian unit ECP MFL mendapati, hanya lima daripada 20 pasukan berada dalam zon pemantauan dan perlu memantapkan lagi pengurusan kewangan.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan lima pasukan berkenaan sudah dimaklumkan untuk merancang perbelanjaan pasukan lebih baik dan mencari jalan untuk menambah sumber kewangan sedia ada bagi mengelakkan sebarang masalah timbul musim ini.

Selain lima pasukan berkenaan, pasukan lain yang tidak diletakkan dalam zon pemantauan juga perlu melampirkan semua dokumen berkaitan kontrak penajaan dan sumbangan modal bagi mengesahkan pelan perbelanjaan dan pendapatan musim 2020 sebelum 15 Mac ini.

”Bagi tahun pertama pengenalan ECP, semua pasukan memberikan kerjasama baik terhadap prosedur ECP dengan mengemukakan pelan perbelanjaan dan pendapatan pasukan masing-masing.

“Seterusnya semua pasukan diwajibkan mengemukakan kontrak-kontrak penajaan dan sumbangan modal sebagai bukti sumber pendapatan mereka sehingga 15 Mac ini dan MFL sentiasa bersedia untuk membantu semua pasukan dalam menyelesaikan urusan ECP ini.

“Jika pasukan berkenaan masih gagal untuk menghantar dokumen pada masa yang ditetapkan, MFL akan membawa kes berkenaan ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah untuk tindakan seterusnya.

“Seperti saya katakan sebelum ini, ECP mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan dalam tempoh segera tetapi sekurang-kurangnya buat permulaan ia mampu mengurangkan masalah kewangan pasukan tempatan.

“Kalau kita lihat ECP yang dipraktikkan di LaLiga Sepanyol juga mengambil masa sehingga lima tahun untuk menyelesaikan segala hutang pasukan dan kita berharap untuk mendapat perkembangan positif dalam beberapa tahun akan datang,” ujarnya.

Tahun lalu, MFL membuat keputusan untuk memperkenalkan ECP secara berperingkat bermula musim ini sebelum pelaksanaan menyeluruh dan lebih ketat pada musim 2021.

Justeru, pasukan Liga Super dan Liga Premier perlu mematuhi peraturan baharu ini di mana ECP dilihat menjadi satu model dalam usaha menangani masalah kewangan pasukan khususnya hutang dan tunggakan gaji pemain.

MFL optimis ECP yang sebelum ini telah dipratikkan di LaLiga, bakal menjadi satu anjakan paradigma bola sepak tempatan dalam usaha mendidik pasukan-pasukan Liga Malaysia berbelanja lebih berhemah dan bebas hutang.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association – MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN