Produk Akademi Southampton, Stuart Wilkin Sah Jadi Milik JDT

Stuart Wilkin yang merupakan bekas pemain akademi kelab Liga Inggeris, Southampton FC sah menjadi milik JDT. Perkara itu disahkan sendiri oleh pemain itu melalui ciapan yang dilakukan di Twitter sebentar tadi.

“Sangat gembira kerana akhirnya telah menandatangani [kontrak] bersama @OfficialJohor,” ujar pemain itu melalui ciapan ringkasnya.

“Ia adalah satu penghormatan untuk mendapat peluang mewakili kelab hebat ini. Terima kasih kepada semua pihak di JDT, termasuk juga Junior Edstal dan Scott Ollerenshaw untuk menjadikan [perpindahan] ini satu realiti. Usaha gigih dan kerja keras akan berterusan.”

Namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh JDT dan ia dijangka dilakukan dalam masa terdekat.

Kelibat Stuart Wilkin bagaimanapun sudah disaksikan sendiri oleh penyokong JDT apabila diturunkan bersama JDTII dalam perlawanan Liga Premier menentang PDRM semalam.

Disertakan bersama ciapan tersebut ialah gambar pemain itu sendiri yang menyarung jersi No.22. Stuart Wilkin yang kini berusia 23 tahun adalah produk akademi Southampton FC yang turut melahirkan pemain hebat lain seperti Gareth Bale dan Theo Walcott.

Merupakan pemain berdarah kacukan Malaysia dan England, nama Stuart Wilkin mulai menjadi sebutan selepas dilihat menjalani latihan bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika pra musim.

Bagaimanapun Stuart dijangka akan terlebih dahulu memperkuatkan barisan skuad JDT II yang beraksi di Liga Premier untuk diberikan peluang untuk menyinar sebelum diserap ke dalam skuad utama.

Sebelum ini Stuart turut pernah menyatakan minat untuk menyarung jersi pasukan bawah 23 tahun Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Seperti mana pemain sayap moden yang lain, Stuart Wilkin boleh beraksi di kiri dan kanan serangan pasukan JDT.

Ketika masih bersama skuad remaja Southampton FC, Stuart Wilkin sempat melakukan 20 penampilan dalam saingan Liga Belia England pada musim 2015/2016 dan satu penampilan dalam saingan Piala FA Belia.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

 

Baca juga artikel lain mengenali Liga Malaysia melalui pautan di bawah:

Tomas Trucha: Saya Gembira Dengan ‘Attitude’ Pemain Penang FC

Shakir Hamzah, Azri Ghani Bakal ‘Angkat Kaki’, Tinggalkan Perak?

Ketiadaan Safawi Hanya ‘Luka Kecil’ Buat JDT

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN