Previu: Cabaran Sukar Menanti Uruguay & Perancis Di Suku Akhir Piala Dunia 2018

Pembuka tirai aksi suku akhir Piala Dunia 2018 malam ini menyaksikan Uruguay bertemu dengan Perancis untuk mencari tiket ke separuh akhir.

Perlawanan ini pastinya menarik kerana kedua-dua pasukan hadir dengan rekod pasukan paling kental bertahan dan juga pasukan yang paling ampuh ketika menyerang.

Saingan sengit

Kedua-dua pasukan hadir dengan rekod yang cukup baik sepanjang kejohanan ini berlangsung dengan Uruguay dan juga Perancis kedua-duanya masih belum kalah.

Tugas sukar buat Uruguay apabila mereka bakal berdepan Perancis yang merupakan pasukan yang tiada masalah dalam menjaringkan gol dalam Piala Dunia.

KAZAN, RUSSIA – JUNE 30: Benjamin Pavard of France celebrates after scoring his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Benteng pertahanan yang dikemudi oleh Diego Godin dan Jose Gimnez sekali lagi ditagih aksi cemerlang mereka dalam usaha menyekat barisan serangan Perancis yang diketuai oleh Antoine Griezmann dan juga Kylian Mbappe.

Sementara bagi Perancis pula, mereka akan diuji dengan ujian sebenar apabila berhadapan pertahanan yang cukup cemerlang beraksi di Piala Dunia setakat ini.

Uruguay setakat ini hanya memboloskan 1 gol sahaja dalam usaha yang mereka untuk mara ke suku akhir!

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25, 2018: Uruguay’s Edinson Cavani, Nahitan Nandez, Rodrigo Betancur, Maximiliano Gomez, and Lucas Torreira (L-R front) celebrate their team’s vicotry in a First Stage Group A football match between Uruguay and Russia at Samara Arena at FIFA World Cup Russia 2018; Uruguay won 3-0. Yegor Aleyev/TASS (Photo by Yegor AleyevTASS via Getty Images)

Jadi semestinya perlawanan ini akan menjadi satu perlawanan yang menarik untuk disaksikan, ditambah pula dengan kedua-dua pasukan yang mengamalkan corak serangan ketika beraksi.

Pemain tumpuan

Pemain tumpuan yang menjadi pilihan penulis adalah Diego Godin untuk Uruguay.

Beliau mencatatkan persembahan yang cukup cemerlang ketika menentang Portugal tempoh hari apabila dengan ampuhnya menghalang serangan barisan pemain Portugal.

Selain itu, beliau juga berjaya mengawal Cristiano Ronaldo dengan baik sekali.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 25: Diego Godin of Uruguay tackles Artem Dzyuba of Russia during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Uruguay and Russia at Samara Arena on June 25, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Perlawanan malam ini menyaksikan Godin akan bertemu dengan rakan sepasukan di Atletico Madrid iaitu Antoine Griezmann.

Jadi jangkakan akan ada pertembungan individu antara Godin dan juga Griezmann.

Bagi Perancis pula, penulis memilih untuk melihat sejauh mana Kylian Mbappe dapat menguruskan pertahanan kental Uruguay.

Mbappe jelas cemerlang dalam perlawanan yang lalu apabila berjaya menjaringkan 2 gol menentang pertahanan Argentina yang cukup rapuh.

KAZAN, RUSSIA – JUNE 30: Kylian Mbappe of France celebrates after scoring his team’s fourth goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

Kali ini, pemain muda ini akan diuji dengan ujian menentang antara pertahanan yang cukup cemerlang di dunia iaitu Godin dan Jose Gimenez.

Malah, beliau bukan sahaja berhadapan dengan pertahanan terbaik dunia tetapi berhadapan dengan gandingan pertahanan tengah terkental di dunia.

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini pastinya menjanjikan aksi perlawanan yang menarik dengan himpunan bintang yang beraksi bersama-sama kedua-dua pasukan.

Rekod Uruguay yang tidak begitu baik dalam pertemuan dengan Perancis di Piala Dunia pastinya mahu dihapuskan pada malam ini demi memburu kejuaraan dunia ketiga mereka.

Sementara bagi Perancis, mereka dianggap pasukan yang cukup lengkap dari segala posisi dan mereka perlu menepati status mereka itu untuk menjadi juara dunia.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN