Rusia 2018: Lukaku Anggap Neymar Bukanlah Pemain Yang Gemar Berlakon Di Atas Padang

Bagaimana anda melihat Neymar sebagai seorang pemain?

Adakah anda melihat beliau sebagai seorang pemain yang sering menjadi mangsa kekasaran pihak lawan atau beliau tidak lebih sebagai pemain yang gemar berpura-pura di atas padang?

Bagi pemain Belgium iaitu Romelu Lukaku, Neymar tidak lebih daripada seorang pemain yang sering menjadi sasaran kekasaran pemain pihak lawan.

“Neymar bukanlah seorang pelakon, beliau pemain yang mempunyai pelbagai skil menarik.”

“Menentang Neymar, pertahanan terpaksa bermain dengan lebih kasar kerana kualiti berbeza yang ada pada beliau.”

SAMARA, RUSSIA – JULY 02: Neymar Jr of Brazil goes down injured during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Brazil and Mexico at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Menurut Lukaku, beliau menggangap Neymar akan menjadi pemain terbaik di dunia ini selepas era Lionel Messi dan juga Cristiano Ronaldo.

“Saya dapat bayangkan beliau akan menjadi pemain terbaik di dunia satu hari nanti dan saya tak sabar hendak menentang beliau.”

Menurut Lukaku, laluan Belgium untuk menjadi juara Piala Dunia 2018 sememangnya sukar kerana jika mereka berjaya melepasi Brazil akan ada pasukan lain yang cukup kuat menanti mereka.

“Kami akan berhadapan dengan lawan yang cukup kuat. Selepas itu, akan ada pasukan yang kuat menanti kami di pusingan seterusnya jika kita berjaya menewaskan Brazil.”

“Kita tengok nanti macam mana hasilnya.”

Lukaku sama seperti Neymar yang dianggap sebagai ancaman utama juara 5 kali itu untuk memenangi perlawanan suku akhir Piala Dunia.

Siapa yang akan tersingkir dalam perlawanan ini? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN