Previu UCL: Mini Mourinho Janji Tak ‘Parking’ Bas Jumpa Guardiola

Julian Nagelsmann digelar mini Mourinho ataupun baby Mourinho oleh pundit di Jerman. Mereka melabel gelaran itu kerana dia seorang yang perfectionist dan tegas seperti Mourinho.

Pada usia 29 tahun, musim lalu beliau membawa Hoffenheim mara ke UCL buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Nagelsmann selesa dengan gelaran itu. Namun beliau menyatakan yang untuk isu taktikal, beliau adalah peminat tegar Pep Guardiola dalam aspek taktikal bola sepak. Beliau berkata:

“Saya adalah peminat Pep Guardiola, namun dalam pembangunan karier kejurulatihan saya, saya banyak dipengaruhi oleh Thomas Tuchel.”

Hal ini kerana ketika muda, beliau menjadi pemain yang bermain di bawah kendalian Tuchel ketika di Augsburg.

Beliau kemudian diberikan kepercayaan oleh Tuchel untuk melakukan scouting ketika beliau cedera dan tak dapat bermain.

Nagelsmann melupakan karier bola sepak kerana kecederaan lutut yang berulang.

Tuchel mengakui Nagelsmann memang ada potensi menjadi tactician yang baik kerana dalam sehari anda akan boleh bercakap tentang taktikal bola sepak dengannya untuk lebih 24 jam.

Beliau juga menyatakan yang dia selalu berbalas mesej dengan Guardiola walaupun tidak terlalu kerap.

Beliau mengakui dirinya tidak kenal Guardiola secara peribadi walaupun sering berbalas teks. Jadi sukar untuknya menggelar Guadiola sebagai idolanya.

Namun yang pasti Nagelsmann menganggap Guardiola sebagai rujukan terbaik beliau untuk pengurusan taktikal dan pasukan.

Ini adalah artikel yang anda boleh baca berkenaan karier Nagelsmann:

Julian Nagelsmann, Kisah Budak Kaca Menjadi Pengurus Muda Berkarisma

Guardiola vs Hoffenheim

Ini adalah pertemuan sulung di antara kedua-dua pengurus ini dalam kejohanan kompetitif.

Ketika di Jerman, Pep Guardiola bersama Bayern bertemu dengan Hoffenheim sebanyak 6 kali, menang 5 dan seri 1.

Paling menarik Andrej Kramaric dan Mahrez bermain bersama-sama dalam pasukan Leicester 2015/16. Manakala Adam Szalai dan Leroy Sane bekas rakan sepasukan ketika di Schalke.

Leonardo Bittencourt dan Ilkay Gündogan pula bermain bersama-sama di Borussia Dortmund pada 2012/13.

Nagelsmann vs Guardiola

Nagelsmann dikenali dengan keupayaannya membentuk pasukan berasaskan taktikal moden ala Guardiola.

Beliau menggemari formasi bek bertiga dan banyak juga menggunakan sistem bek berempat.

Ianya bukan tugas mudah. Namun jurulatih paling muda dalam UCL kali ini, menyatakan dia akan mencuba sedaya upaya.

Beliau mengakui sepanjang persiapan untuk perlawanan ini, pasukan beliau banyak berlatih taktikal.

Mereka berlatih lebih daripada 3 pendekatan taktikal untuk berhadapan dengan Manchester City.

Beliau sangat berharap akan dapat melakukan kejutan sebagai sebuah pasukan bukan pilihan.

Sulitnya mengkaji Guardiola

Nagelsmann menyatakan yang beliau berhadapan hari-hari sukar kerana mengkaji corak permainan Guardiola.

“Saya tak pasti sama ada ianya satu kelebihan untuk mengenali Pep Guardiola.”

“Ini kerana selepas anda kenal dia, ianya akan buatkan anda melihat dia melakukan terlalu banyak perkara betul dan cara terbaik dalam bola sepak.”

Pendekatan berani Hoffenheim

Pasukan Hoffenheim adalah pasukan yang seperti Man. City, gemar mengenakan pendekatan menyerang dan agresif ketika menyerang.

Mereka juga suka menekan pasukan lawan di kawasan mereka. Namun adakah ia terlalu berisiko untuk Hoffenheim kerana lawan mereka kali ini ada kualiti teknikal yang luar biasa.

Sudah beberapa musim Nagelsmann membuktikan beliau gemar menguji keupayaan sebenar pemain dan pasukan beliau dalam perlawanan besar seperti ini. Tambahan pula ini baru perlawanan kedua dalam UCL.

“Saya akan bermain menentang Pep Guardiola untuk pertama kali. Ini sangat bagus untuk karier profesional dan untuk rujukan masa hadapan.”

(Photo by Getty Images)

“Saya juga sangat tak sabar nak melihat pasukan beraksi pertama kali dalam UCL di stadium kami.”

Nagelsmann berjanji pasukan beliau akan bermain dengan keberanian dan tidak akan parking bas pada pertemuan ini.

“Kami sudah melakukan persiapan sebaik mungkin, dan saya janjikan anda dengan keseronokkan menyaksikan perlawanan itu esok.”

City fokus untuk menang, Hoffenheim fokus kepada kekuatan City

Seperkara yang menarik dinyatakan oleh Nagelsmann di mana beliau menyatakan yang Man. City akan berusaha sedaya upaya menang perlawanan ini.

Tugas mereka adalah mencari kekuatan pasukan itu dan cuba melakukan apa yang patut.

“Man. City fokus untuk menang. Manakala kami akan fokus kepada kekuatan mereka. Kami akan bermain dengan pelan sangat berani.”

SINSHEIM, GERMANY – APRIL 14: Head coach Julian Nagelsmann of Hoffenheim gestures during the Bundesliga match between TSG 1899 Hoffenheim and Hamburger SV at Wirsol Rhein-Neckar-Arena on April 14, 2018 in Sinsheim, Germany. (Photo by TF-Images/Getty Images)

“Kami mungkin tak mampu bertarung terlalu taktikal. Ini kerana kekuatan kami adalah cara kami bermain dan keberanian kami untuk cuba bermain dengan banyak bola (possession).”

“Kami sudah tak sabar untuk bermain dengan penuh antisipasi dan keinginan.”

“Bukan mudah nak tahu apa pasukan yang beliau persiapkan untuk setiap perlawanan.”

“Beliau sentiasa menggunakan kaedah berbeza-beza untuk setiap lawan yang beliau tentang.”

“Anda akan boleh melihat banyak persamaan dalam permainan mereka ataupun akan boleh melihat banyak perbezaan dalam permainan mereka.”

“Macam saya katakan, tak mudah untuk mengkaji cara permainan yang beliau mahukan, tetapi saya ada beberapa idea.”

Siapakah yang akan menang?

Nagelsmann ataupun Guardiola. Kami tak sabar mahu menonton pertemuan ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN