Previu UCL: Juara Bertahan 2 Musim, Real Madrid Dicabar Liverpool

Pada awal pagi esok seluruh dunia akan berhenti seketika untuk 90 minit dan mengarahkan perhatian ke Kyiv untuk pertemuan UCL melibatkan Real Madrid dan Liverpool.

2 finalis dengan lencana penghormatan (badge of honour) di lengan mereka. Ia sudah cukup memberitahu ini adalah perlawanan melibatkan 2 nama besar secara tradisi di dalam UCL.

Real Madrid adalah juara 12 kali, maka tak hairanlah mereka digelar raja Eropah. Manakala, lawan mereka, Liverpool juara 5 kali, kelab Inggeris paling berjaya dalam UCL.

Real adalah juara bertahan selama 2 tahun berturut-turut. Manakala ini adalah final pertama Liverpool sejak 2007 di Athens.

1. Real Madrid tampil sebagai juara bertahan

Real Madrid CF at Estadio La Rosaleda on April 15, 2018 in Malaga, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

Harus diakui, Real Madrid memiliki nama-nama yang lebih besar di dalam skuad mereka. Pemenng 5 Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo, Sergio Ramos, Toni Kroos, dan Luka Modric hanyalah segelintir nama yang disebut.

Manakala Liverpool dianggap pasukan bukan pilihan sejak dari hari undian lagi. Dan boleh dikatakan hampir setiap perlawanan mereka diletakkan ‘tiada harapan’.

Kualiti berpasukan dan individu tidak akan menjamin apa-apa dalam final ini jika tidak ada mentaliti kemenangan.

Real Madrid pastinya masih ingat kali terakhir 2 pasukan ini bertemu di final pada 1981, ianya memihak kepada skuad bimbingan Bob Paisley.

2. Zidane vs Klopp

Sejak mengendalikan Real Madrid, Zinedine Zidane tak pernah tersingkir pada pusingan kalah mati dan kalah pada final.

Ianya sudah cukup menggambarkan kenapa Zidane dituduh lebih mementingkan UCL berbanding La Liga namun dinafikan oleh beliau. Bagi Zidane, komitmen kepada La Liga juga tinggi seperti UCL.

Beliau mungkin masih antara pengurus yang ‘underrated’ di Eropah pada hari ini walaupun sudah menghadiahkan 2 UCL kepada Real Madrid.

Jurgen Klopp dikenali dengan falsafah yang ofensif, manakala Zidane mementingkan disiplin bertahan yang berstruktur. Melancarkan serangan bila masa sesuai dan klinikal di depan gol.

Liverpool bergantung kepada gegenpressing mereka. Cuba merampas bola di kawasan lawan. Mereka juga pasukan yang sangat bahaya ketika melancarkan serangan balas.

3. Isu pertahanan

Kedua-dua pasukan pastinya risau dengan pertahanan masing-masing. Real Madrid hanya melakukan 1 clean sheet daripada 11 perlawanan terakhir mereka.

Mereka juga seri 2-2 kerana kealpaan pertahanan dan penjaga gol pada perlawanan menentang Villareal sebelum ini.

Manakala Liverpool pastinya panik selepas hampir dikejutkan AS Roma pada perlawanan di Stadio Olimpico pada separuh akhir ke-2.

Loris Karius berpeluang menjadi pemain yang akan menjadi hero pasukan. Sementara itu untuk Keylor Navas, beliau sudah terlalu masak dengan perlawanan final UCL.

4. Cristiano Ronaldo vs Mohamed Salah

Nak tak nak, dalam perlawanan besar pastinya akan ada pemain tumpuan utama. Dan ianya sudah pastinya 2 pemain ini paling menjadi tumpuan.

Ronaldo yang kita saksikan dalam 3 musim terakhir ini sangat berbeza dengan Ronaldo 10 tahun yang lalu. Di mana, dahulu beliau banyak melakukan step over, skill, permainan pertarungan bahu dengan pertahanan lawan serta larian yang laju.

Beliau sendiri menyatakan yang beliau kini lebih fokus kepada penyudah berbanding dengan gelecekan. Beliau sangat efektif di hadapan gol walaupun hanya mendapat 1 atau 2 peluang sahaja.

Mohamed Salah sedang berada dalam prestasi terbaik dalam hidup beliau. Pemain yang gemar melakukan pintasan masuk dan mencuba untuk melencongkan bola.

Sistem Liverpool membuatkan Mohamed Salah menjadi penyerang berbisa di Eropah musim ini.

5. Sejarah pertemuan

4 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan dalam UCL adalah seimbang. Pertemuan terakhir mereka pada 2014/15, Liverpool tewas 3-0 dan 1-0 di tangah Real Madrid.

Sebelum itu, Liverpool memiliki rekod yang agak baik ke atas Real Madrid.

Pada 1981, Liverpool menang dalam final menentang Real Madrid hasil jaringan Alan Kennedy.

Siapa akan julang UCL 2017/18?

Ianya pertandingan antara kelab yang paling berprestij. Satu acara bola sepak yang tak akan dilepaskan. Real Madrid mahu menjadi juara bertahan 3 musim, manakala Liverpool dalam misi UCL ke-6 mereka selepas Istanbul.

Pasukan mana yang bakal dinobatkan sebagai juara Eropah 2017/18? Sama-sama kita saksikan awal pagi esok.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN