Ketika ini, kedua-dua pasukan memiliki senarai kecederaan yang agak banyak. Namun impak ini lebih dirasai Atletico yang memiliki skuad yang lebih kecil berbanding Bayern Munich.
Prestasi semasa
Bayern Munich dalam prestasi sempurna apabila mencatat 6 kemenangan daripada 6 perlawanan terakhir mereka. Mereka turut menjaringkan 18 gol dan hanya bolos 2 kali dalam tempoh tersebut.
Atletico juga tidak tewas dalam 6 perlawanan terakhir mereka. Mereka mencatat 4 kemenangan dan 2 seri. Atletico juga telah menjaringkan 12 gol dan hanya bolos 2 kali.
Rekod pertemuan
Kedua-dua pasukan hanya bertemu 2 kali dalam sejarah. Dan ia berlaku dalam perlawanan kalah mati UEFA Champions League musim lepas.
Dalam 2 pertarungan separuh akhir ini, kedua-dua pasukan masing-masing berjaya merekodkan 1 kemenangan.
Bagaimanapun akhirnya Atletico yang mara ke perlawanan akhir melalui peraturan jaringan di tempat lawan.
Perkembangan semasa pasukan
- Moya, Cerci, Tiago, Augusto Fernandez, dan Gimenez berada dalam senarai kecederaan Atletico Madrid
- Manakala Badstuber dan Douglas Costa pula berada dalam senarai kecederaan Bayern Munich
- Matt Hummel perlu melepasi saringan akhir untuk terlibat di dalam perlawanan ini
- Kedua-dua pasukan tidak ada senarai penggantungan
- Arjen Robben dan Jerome Boateng disahkan sudah cergas sepenuhnya
Fakta OPTA
- Bayern Munich menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol dalam 8 daripada 10 perlawanan terakhir mereka
- Bayern Munich masih belum menang dalam kunjungan mereka ke Sepanyol, tewas 3 kali dan gagal menjaringkan sebarang gol
- Ini adalah penglibatan untuk 4 tahun berturut-turut Atletico dalam UCL dan yang terpanjang dalam sejarah kelab mereka.
- Bayern Munich tewas dalam 2 kali daripada 4 perlawanan terakhir peringkat kumpulan di tempat lawan.
Pemain Tumpuan
Angel Correa (Atletico Madrid)
Selain daripada Antoine Griezmann, legasi penyerang berbisa Atletico mungkin akan diwarisi oleh Angel Correa. Beliau menjadi penjaring gol ketika masuk dari bangku simpanan untuk mengikat Barcelona di Camp Nou.
Beliau turut bermain 90 minit dalam perlawanan menentang Deportivo La Coruna beberapa hari yang lalu.
Robert Lewandowski
Beliau bukan penyerang yang laju atau memiliki skil luar biasa namun, Lewandowski sentiasa efektif untuk bermain dalam mana-mana sistem.
Lewandowski sudah menjaringkan 9 gol untuk Bayern Munich setakat ini bagi musim 2016/2017.
Sebelum wisel
Tidak ramai pengurus yang memiliki reputasi bagus seperti pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone ketika berdepan dengan pasukan yang serba lengkap seperti Barcelona dan Bayern Munich.
Mereka ada kemampuan untuk bertahan dalam organisasi yang stabil, walaupun di atas kertas mereka adalah pilihan kedua dalam segala aspek.
Bayern Munich dalam prestasi yang luar biasa di hadapan gol. Tidak kurang hebatnya juga Atletico. Kedua-dua pasukan memiliki rekod pertahanan yang membanggakan setakat ini.
Penjaga gol kedua-dua pasukan, Jan Oblak dan Manuel Neuer pula adalah antara penjaga gol yang terbaik di dalam 5 liga utama Eropah buat masa ini.
Ia dijangka menjadi perlawanan yang penuh taktikal oleh kedua-dua pengurus. Sangat sukar untuk meramalkan siapa yang akan menang. Siapa yang berjaya melaksanakan taktikal lebih baik, akan menang.
Baca juga : Analisis Taktikal UEFA Champions League 2015/2016: Bayern Munich 2-1 Atletico Madrid