Previu UCL 2017/18: Juventus Mahu Sekat Kemaraan Real Madrid, Tebus Kekecewaan Musim Lalu

Pertemuan kembali dua finalis lalu. Dan semuanya dirumuskan dengan kejayaan Real Madrid menundukkan Juventus dengan kemenangan 4-1 Stadium Millenium, Cardiff.

Tetapi itu adalah kisah musim lalu. Pada musim ini kedua-dua kelab dipertemukan di peringkat suku akhir untuk memburu slot ke separuh akhir, seterusnya ke perlawanan akhir yang akan diadakan di Stadium NSC Olimpiyskiy, Kiev, Ukraine.

(Photo by Genya Savilov/EuroFootball/Getty Images)

Tiada pasukan yang pernah menewaskan Real Madrid di pusingan kalah mati sejak Juventus menyingkirkan skuad dengan jolokan Los Blancos itu di separuh akhir tiga tahun yang lalu.

Ini juga adalah kepulangan pertama Zinedine Zidane ke Turin sejak berhijrah ke Estadio Santiagi Bernabeu dengan nilai perpindahan rekod dunia pada 2001.

Juventus:

Prestasi semasa

Segar daripada kemenangan 3-1 ke atas AC Milan di saingan domestik, Juventus berada di landasan terbaik untuk bergelar juara Serie A Itali buat musim ke-8 berturut-turut.

(Photo by Giorgio Perottino – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Kali terakhir Juventus tewas di peringkat domestik ialah pada November tahun lalu, apabila ditundukkan Sampdoria 3-2.

Selepas itu Juventus tidak pernah tewas di dalam semua pertandingan, termasuk berjaya mengikat seteru setempat Los Blancos, Barcelona tanpa jaringan dan menamatkan cabaran Tottenham Hotspur dengan agregat 4-3 di Wembley dalam saingan UCL.

T (Photo by Tullio M. Puglia/Getty Images )

Pemain tumpuan:

Prestasi cemerlang Juventus di saingan domestik dan eropah pada musim ini tidak lain dan tidak bukan kerana kecemerlangan prestasi dua penyerang utama skuad The Old Lady.

Bekas penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain sudah menjaringkan 18 gol di Serie A, dan 5 gol sepanjang kempen UCL pada musim ini.

during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Juventus and Tottenham Hotspur at Allianz Stadium on February 13, 2018 in Turin, Italy.

Begitu juga dengan rakan senegara Higuain di dalam skuad kebangsaan Argentina, Paulo Dybala. Selepas bermula dengan baik pada awal musim, pemain ini seperti hilang punca dan sering bergelut dengan masalah di luar padang.

Namun prestasi semasa Dybala memberikan indikasi pemain ini telah kembali kepada prestasi sebenarnya, setelah menjaringkan 5 gol daripada 6 penampilan terakhirnya buat gergasi Itali ini.

(Photo by Tullio M. Puglia/Getty Images )

Isu semasa

Menjelang perlawanan ini, Massimiliano Allegri perlu memikirkan beberapa isu pergantungan dan kecederaan melibatkan pemainnya.

Juventus sudah pasti akan kehilangan tiga tonggak utama dengan Medhi Benatia dan Miralem Pjanic akan terlepas aksi pusingan pertama di Turin akibat pergantungan.

(Photo by Giuseppe Bellini/Getty Images)

Manakala pemain sayap, Federico Bernardeschi terpaksa disisihkan daripada perancangan Allegri untuk perlawanan ini akibat kecederaan.

Alex Sandro dan Mario Mandzukic turut meragukan dari segi kecergasan, namun masih berada di dalam senarai skuad Juventus untuk berhadapan dengan Real Madrid.

(Photo by Matteo Bottanelli/NurPhoto via Getty Images)

Real Madrid:

Prestasi semasa

Umum mengetahui prestasi tidak menentu Real Madrid di saingan domestik pada musim ini yang serba tidak menjadi.

Lupakan sebentar saingan La Liga atau Copa del Rey yang membuatkan Zinedine Zidane sentiasa rasa tidak senang duduk di Estadio Santiago Bernabeu.

Tiga kali juara berturut-turut UCL memberi indikasi pentas eropah adalah pentas di mana Los Blancos sentiasa menunjukkan perwatakan sebenar.

Seperti pada musim lalu, saingan di peringkat UCL pada musim ini agak kurang memberangsangkan. Pada musim lalu, Real Madrid hanya menduduki tangga kedua di peringkat kumpulan, di belakang wakil Jerman, Borussia Dortmund.

Musim ini skrip yang hampir sama berulang apabila skuad kendalian Zidane melayakkan diri ke saingan kalah mati menduduki tangga kedua Kumpulan H di belakang Tottenham Hotspur.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Tetapi prestasi mereka ketika menyingkirkan saingan Paris Saint-Germain (PSG) di pusingan 16 pasukan terbaik UCL wajar diberi perhatian.

Seperti biasa bintang Portugal dan 5 kali pemenang Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo memberikan inspirasi kepada kemaraan Los Blancos apabila membantu pasukannya menewaskan juara Ligue 1 itu dengan agregat 5-2.

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

Seraya pencapaian di eropah, prestasi di La Liga turut menunjukkan peningkatan. Sejak menewaskan PSG 3-1 di Madrid, skuad kendalian Zidane hanya tewas sekali kepada Espanyol, dan menang di dalam semua 7 perlawanan yang lain.

Berbaki 8 perlawanan pada musim ini, Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan kini hanya 3 mata di belakang Atletico Madrid di tangga kedua.

Pemain tumpuan

Mana-mana lawan yang akan berhadapan dengan juara bertahan ini, pasti akan memberikan perhatian mereka kepada Cristiano Ronaldo.

Di peringkat domestik, Ronaldo telah menjaringkan 17 gol di dalam 10 perlawanan terakhir.

(Photo by Shot for Press/Action Plus via Getty Images)

Dan prestasi cemerlang Ronaldo sejak permulaan musim turut dikaitkan dengan kembalinya Gareth Bale ke dalam kesebelasan utama Zidane, setelah pulih daripada kecederaan.

Dua gol jaringan penyerang antarabangsa Wales itu ketika menewaskan Las Palmas pada hujung minggu lalu, turut menunjukkan indikasi Los Blancos bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja.

Isu semasa

Sehingga artikel ini ditulis, Real Madrid tidak mempunyai sebarang permasalahan berkaitan kecederaan dan juga pergantungan.

Hanya pemain pertahanan, Nacho dikatakan tidak cergas sepenuhnya tetapi masih tersenarai di dalam skuad ke Turin.

Zidane boleh mengekalkan pasukan yang sama ketika menewaskan Las Palmas pada hujung minggu yang lalu, tetapi menentang pasukan seperti Juventus di peringkat kalah mati, kombinasi terbaik pemain harus diambil sebagai perkiraan.

Antara pertimbangan yang harus difikirkan oleh Zidane ialah untuk merehatkan Bale, walaupun pemain ini sudah menjaringkan 11 gol daripada 15 penampilan setakat ini.

Ini adalah untuk memberikan peluang kepada Isco yang cemerlang bersama Sepanyol dalam tugasan antarabangsa baru-baru ini untuk memberikan elemen kejutan dari segi dinamik dan taktikal pasukan.

Selain Isco, Zidane turut mempunyai Vasquez sebagai pilihan dengan pemain lain seperti Llorente, Kovacic, Ceballos, dan Mayoral bersedia diturunkan bila-bila masa dari bangku pemain simpanan.

Barisan kemungkinan

Juventus: Buffon; De Sciglio, Barzagli, Chiellini, Alex Sandro; Khedira, Matuidi, Marchisio; Dybala, Cuadrado, Higuain

Real Madrid:Navas; Carvajal, Varane, Ramos, Marcelo; Modric, Casemiro, Kroos; Bale, Ronaldo, Benzema

Penutup

Siapakah yang akan menamatkan perlawanan dengan kelebihan di pusingan pertama peringkat suku akhir UEFA Champions League pada awal pagi nanti?

Mampukah Juventus membalas dendam atas kekalahan mereka di perlawanan akhir pada musim lalu?

Atau adakah Real Madrid akan meneruskan kemaraan untuk memburu empat kejuaraan UCL berturut-turut?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN