Shaqiri:”Ronaldinho Pun Tak Mampu Selamatkan Pasukan Yang Manja Ini”

Stoke City terus berada di zon penyingkiran. Mereka hanya menang 1 perlawanan daripada 12 perlawanan terakhir mereka di EPL musim ini.

Lebih buruk, ada beberapa pemain seperti sudah tiada hati untuk bermain untuk Stoke. Beberapa hari lalu, Paul Lambert telah mengeluarkan kenyataan rasmi, melarang Ibrahim Affelay untuk datang ke pusat latihan.

Ini selepas bekas pemain Barcelona tersebut dikatakan banyak ponteng sesi latihan. Lambert risau Affelay akan mempengaruhi pemain lain.

Xheridan Shaqiri antara pemain yang terus berjuang di dalam padang. Beliau tidak dapat menahan lagi dan meluahkan rasa geram beliau kepada media Switzerland.

Shaqiri kecewa dengan sikap beberapa pemain Stoke yang tidak bersungguh-sungguh untuk membantu pasukan mendapatkan keputusan lebih baik. Shaqiri memberitahu media bahawa dia dan rakan-rakannya seperti sekumpulan manusia yang tidak berguna.

Shaqiri juga menggambarkan, pemain sehebat Ronaldinho (masa kemuncak) pun tidak mampu untuk menyelamatkan pasukan yang ada ini jika para pemain terus dengan perangai yang sama dan kuat merengek.

“Saya rasa, bawa masuk Ronaldinho pun tidak mampu membantu pasukan yang kuat merengek dan manja seperti ini.”

“Saya sedar akan perbezaan kualiti saya ketika bermain bersama pemai seperti Ribery, Thiago (Alcantara) di Bayern. Icardi, dan Kovacic di Inter.”

“Di Stoke ini, saya tidak dapat menjadi lebih berpengaruh di dalam perlawanan kerana pemain-pemain di sekeliling saya.”

“Saya terasa ingin melakukan sesuatu yang ‘extreme’ pada jendela perpindahan musim panas ini untuk menilai semula kesungguhan saya.”

Dengan kenyataan ini rasanya Xheridan Shaqiri mungkin akan tinggalkan Stoke selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN