Previu UCL: 14 Pasukan Berpeluang Merebut Baki 8 Tiket Ke Pusingan Kedua

Alvaro Morata

Sedar tidak sedar, perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League (UCL) sudah memasuki ke perlawanan yang ke-enam.

Memasuki fasa perlawanan yang terakhir ini memperlihatkan peluang yang masih terbuka buat beberapa pasukan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Setelah 8 pasukan mengesahkan laluan ke pusingan seterusnya, 14 lagi pasukan sedang mengintai peluang untuk merebut baki 8 lagi slot ke ’round of 16′ yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu dan Khamis ini.

8 pasukan yang mengesahkan laluan

Barcelona, Besiktas, Manchester City dan Tottenham Hotspur masing-masing mengesahkan tempat sebagai juara kumpulan masing-masing.

Manakala 4 lagi pasukan iaitu Bayern Munich, Paris St. Germain, Chelsea dan Real Madrid turut menempah slot itu dan masih berpeluang untuk menjadi juara kumpulan masing-masing.

Kylian Mbappe
PARIS, FRANCE – SEPTEMBER 27: Edinson Cavani #9 of Paris Saint-Germain celebrate his goal with Kylian Mbappe #29 and teammattes during the UEFA Champions League group B match between Paris Saint-Germain (PSG) and Bayern Muenchen at Parc des Princes on September 27, 2017 in Paris, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Sebagai contoh, pendahulu Bundesliga ketika ini, Bayern Munich berpeluang muncul sebagai juara kumpulan B walaupun jumlah perbezaan jaringan tidak memihak Bayern.

Tetapi, mereka harus memenangi perlawanan dengan jaringan 4-0 di Allianz Arena. Ini berikutan, pada perlawanan pertama di Paris, Bayern tumpas dengan jaringan 3-0.

14 pasukan sedang mengintai peluang

Atletico Madrid, Basel, CSKA Moscow, Juventus, RB Leipzig, Liverpool, Manchester United, Napoli, Porto, Roma, Sevilla, Shakhtar Donetsk, Spartak Moscow dan Sporting CP masih lagi berpeluang mara dengan syarat mereka harus mengutip mata penuh pada perlawanan terakhir.

Namun begitu, ada beberapa pasukan perlu bergantung dengan keputusan di lain-lain venue walaupun berjaya melakar kemenangan.

Sebagai contoh, Roma dan Atletico Madrid perlu bergantung kepada keputusan di venue lain untuk layak biarpun kedua-dua pasukan ini mendapat mata penuh sebelum mampu mengiringi Chelsea dalam kumpulan C.

Begitu juga senario yang berlaku dalam kumpulan E membabitkan perebutan di antara Sevilla dan Spartak Moscow.

Liga Perdana Inggeris (EPL) sedang mencipta rekod

Musim yang baik buat pasukan-pasukan dari EPL apabila dilihat pasukan-pasukan dari England ini memiliki peluang yang cerah untuk merebut slot ke pusingan seterusnya.

Selepas mencipta rekod baharu dalam UCL, kali ini mereka akan tampil dengan rekod terbaharu pula di mana kesemua wakil EPL berjaya melepasi ke pusingan kalah mati.

Chelsea dan Tottenham Hotspur layak ke saingan UCL secara automatik sebagai juara dan naib juara EPL musim 2016/2017, manakala Manchester City dan Liverpool berjaya mencuri 2 lagi slot melalui aksi kelayakan.

Manchester City

Satu lagi slot turut diberi kepada wakil dari England selepas Manchester United berjaya merangkul kejuaraan UEFA Europa League musim lalu.

Kali terakhir kesemua wakil England layak ke pusingan kalah mati adalah pada 4 musim yang lalu. Kini, mereka mampu mencipta rekod baharu apabila kali ini bakal tampil dengan 5 pasukan dari EPL.

Ini berikutan, Manchester United dan Liverpool dilihat dalam landasan yang sangat tepat untuk menempah slot akhir. Manchester United hanya perlu mencatat keputusan seri untuk layak.

Manakala Liverpool yang masih memimpin kumpulan E perlu menang untuk memastikan pasukan kendalian Jurgen Klopp mara dengan penuh bergaya.

Wakil Itali yang sedang bergelut

Dalam kita membicarakan mengenai kehebatan wakil dari England, lain pula yang berlaku kepada 3 wakil dari Itali pada edisi kali ini.

Seolah-olah meratapi kekecewaan Itali dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, ia seakan mengulangi kisah duka senario bola sepaknya.

Belum lagi mengesahkan laluan seperti dilakukan pada edisi-edisi lalu, 3 wakil Itali masih bergelut dan perlu menunggu sehingga ke perlawanan terakhir untuk mengesahkan kemaraan.

Roma dan Juventus mungkin dilihat memiliki sedikit kelebihan untuk mara selepas menduduki tangga kedua ketika ini.

Namun, naib juara musim lalu, Juventus bakal berhadapan risiko tersingkir kerana mereka memerlukan 3 mata penuh di Athens. Bagi Roma pula, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan dengan kemenangan sekaligus berpeluang menjadi juara kumpulan C.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Lain pula nasib yang menimpa Napoli yang kini berada di tangga ketiga kumpulan F dengan mengumpul 6 mata. Meskipun reputasi yang agak baik di Serie A ketika ini, ia bukanlah laluan mudah buat Napoli untuk mara ke pusingan seterusnya.

Turun sebagai pelawat di Belanda Rabu ini, Napoli perlukan 3 mata sambil mengharapkan anak-anak buah Pep Guardiolla menumpaskan Shakhtar Donetsk di Ukraine.

Rumusan

8 lagi slot masih menjadi rebutan buat 14 pasukan untuk layak ke pusingan kalah mati. Daripada 14 pasukan ini, 2 wakil England dilihat hampir pasti mengikut 2 lagi pasukan dari England yang telah menempah slot selepas perlawanan ke lima dahulu.

6 lagi slot pula mungkin di isi wakil dari Itali dan Roma dilihat memiliki kelebihan kerana bakal beraksi di hadapan penyokong setianya.

Napoli yang menang 3-0 pada perlawanan pertama ke atas Shakhtar Donetsk mungkin boleh dijadikan azimat untuk layak berikutan memiliki kelebihan dari aspek ‘head-to-head match’.

Manakala wakil dari Jerman pula, selepas Bayern Munich, RB Leipzig turut berpeluang mara menjadikan penampilan pertama di UCL yang menarik buat pendatang baharu kejuaraan ini.

Setidaknya-tidaknya, ia dapat mengubat kedukaan Borussia Dortmund yang sekadar berpeluang menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan H.

Pasukan manakah yang bakal mengiringi 8 pasukan ke pusingan kalah mati nanti? Kongsikan bersama kami dan mengapa anda memilih pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN