Previu Taktikal: Argentina Dan 4-2-3-1 Dalam Copa America

Argentina sentiasa turun sebagai pasukan pilihan – bersama dengan Brazil – dalam mana-mana edisi Copa America. Tidak kiralah mereka dalam prestasi yang baik ataupun sebaliknya.

Nama-nama seperti Gabriel Mercado, Gonzalo Higuain, Angel Correa dan Mauro Icardi – gagal untuk mendapat tempat di dalam pasukan kali ini.

Messi mahukan Copa America

Beberapa hari lalu, Lionel Messi berkata: “Saya mahu memberikan kejuaraan kepada negara saya sebelum saya menamatkan karier bola sepak.”

Sergio Aguero menyatakan, di kem Argentina, tiada siapa yang lebih berhak daripada Lionel Messi untuk menjulang Copa America, berdasarkan pencapaian dan apa yang beliau lakukan kepada negaranya.

Lionel Messi sentiasa menjadi tumpuan media. Dan lebih teruk ramai penyokong Argentina sendiri kerap mengecam Messi dalam setiap kegagalan Argentina – sehingga pada satu ketika Lionel Messi pernah tawar hati dan bersara.

Namun tidak lama selepas itu Lionel Messi kembali – ketika Argentina bergelut dengan kelayakan Piala Dunia. Kehadiran Messi telah berjaya membantu Argentina mara ke Piala Dunia.

Taktikal

Lionel Scaloni pastinya sedar, isu yang kerap membelenggu Argentina bukannya Lionel Messi. Tetapi para pemain bintang yang lain – yang gagal memberikan aksi terbaik seperti mana di kelab mereka.

Kali ini Scalono membawa skuad yang lebih muda dan menyenaraikan pemain seperti Paulo Dybala, Angel Di Maria, dan Sergio Aguero untuk bersama-sama dengan Lionel Messi.

Taktikal yang kami rasa terbaik untuk Argentina ketika ini adalah 4-3-3. Giovani Lo Celso akan menjadi nadi penting sebagai no.10.

Sebelum ini, Argentina gagal untuk menggunakan Lionel Messi secara lebih taktikal. Maksudnya, Lionel Messi agak individual dalam permainan kerana isu taktikal.

Dengan sistem 4-2-3-1 – Lo Celso akan menjadi pemain yang mampu melepaskan Messi dengan hantara kunci beliau. Selain itu sistem 4-2-3-1 ini akan membolehkan pemain seperti Sergio Kun Aguero menjadi no.9 dan Angel Di Maria boleh menjadi pemain sayap kiri.

Di mana pula Paulo Dybala? Pemain ini boleh menjadi ‘back-up’ kepada kesemua peranan di atas termasuk no.10.

Formasi 4-2-3-1 adalah formasi yang mereka gunakan dalam perlawanan pemanas badan menentang Nicaragua. Paling menarik Lionel Messi dan Lo Celso memiliki ‘link up’ yang kuat.

Bahagian tengah

Di pivot mereka boleh menggunakan Leandro Paredes dan Guido Rodriguez untuk mengimbangi pasukan yang agak ofensif di hadapan.

Bahagian tengah mereka juga ada Messi dan Di Maria yang berperanan sebagai pemain sayap yang membentuk rantaian berlima di belakang peyerang utama apabila bertahan ataupun fasa binaan serangan.

Giovani Lo Celso antara pemain yang paling menjadi perhatian kerana beliau musim ini cemerlang dengan Betis. Melakukan 16 dalam semua kompetisi.

Lo Celso antara nama yang agak mengejutkan ramai pihak – ketika beliau disisihkan Jorge Sampaoli daripada pasukan Piala Dunia 2018. Inilah masanya untuk beliau membuktikan kualiti beliau.

Selain itu mereka ada Rodrigo de Paul yang cemerlang bersama Udinese dengan 9 gol dan 8 assist musim ini.

De Paul dianggap antara perancang yang memiliki ratio hantaran bahaya yang sangat tinggi di liga utama Eropah.

Pertahanan

Manakala, di bahagaian pertahanan mereka ada Tagliafico yang cemerlang musim ini bersama dengan Ajax.

Argentina telah menggunakan 5 penjaga gol berbeza dalam 5 perlawanan terakhir. Ini kerana Scaloni mahu membandingkan tahap kecergasan Romero dengan penjaga-penjaga gol lain.

Harus diingat, Romero bukan penjaga gol utama di Man. United. Beliau juga banyak rekod kecederaan. Jadi, semua ini memerlukan penilaian sebaiknya. Namun, Romero masih lagi pilihan utama.

Argentina ada pemain yang berpengalaman di bek tengah iaitu Otamendi yang berpotensi bergandingan dengan pemain kurang pengalaman seperti Saravia dan pemain muda Spurs, Juan Foyth di barisan bek berempat.

Sebelum sepak mula

Kami menjangkakan Argentina tiada masalah melepasi pusingan awal. Namun kumpulan B pastinya bukan kumpulan mudah. dengan adanya pasukan Paraguay dan Colombia. Mereka pastinya mahu menjadi juara kumpulan.

Namun kali ini kami lebih melihat persiapan Argentina lebih baik berbanding Piala Dunia 2018. Mereka ada formasi yang lebih jelas. Manakala ketika Piala Dunia yang lalu – termasuk pusingan kelayakan – mereka terlalu banyak bereksperimentasi dengan formasi dan taktikal.

Adakah Argentina akan mengakhiri kemarau kejuaraan Copa America? Dan sekaligus menjadi piala major pertama Lionel Messi bersama negaranya?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN