Romelu Lukaku Mahu Angkat Kaki, Serahkan Keputusan Akhir Kepada Manchester United

Sebaik sahaja tamat aksi Belgium menentang Scotland, bintang Manchester United memberitahu wartawan bahawa beliau sudah membuat keputusan tentang masa depannya.

Lukaku memberikan bayangan beliau mahu angkat kaki daripada Man. United. Lukaku tidak memberikan sebarang jaminan komitmen akan kekal di Old Trafford. Namun begitu, beliau menyerahkan keputusan akhir di tangan Man. United.

Romelu Lukaku kian hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan. Ini selepas Antonio Conte menyatakan minat ke atas Lukaku dan menjadikan Lukaku sebagai sasaran utama perpindahan kali ini.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Lukaku memuji Antonio Conte. Sekaligus menguatkan lagi spekulasi beliau mahu ke Inter Milan.

Lukaku berkata: “Saya gembira melibat Conte menyertai Inter Milan. Bagi saya, beliau pengurus terbaik di dunia.”

“Saya peminat tegar Serie A, siapa yang kenal saya, tahulah mereka bahawa saya mahu bermain di EPL dan Serie A.”

Berkenaan dengan masa hadapan beliau di Man. United, Lukaku berkata: “Saya sudah pun membuat keputusan tentang masa hadapan saya. Namun saya tidak boleh dedahkannya secara umum, kerana saya ada kontrak lagi dengan Manchester United – saya menghormati kelab saya.”

“Saya sudah bercakap dengan kelab tentang keputusan akhir di tangan kelab [Manchester United]. Dan ejen saya Federico Pastorello – sentiasa cuba melakukan keputusan yang terbaik untuk saya.”

“Ssekarang, saya akan pergi menikmati percutian saya dengan keluarga. Saya tahu apa yang saya buat namun tidak boleh mendedahkannya. Kita akan tengok nanti.”

“Adakah saya menjangkakan ini musim panas yang sibuk? Ya.”

Beberapa minggu lalu, Inter Milan dilaporkan sudah menghantar bidaan, namun ditolak oleh Man. United. Selepas itu mereka menawarkan Ivan Perisic + ‘cash’ untuk mendapatkan Lukaku, juga ditolak.

Ole Gunnar Solskjaer mahu Lukaku terus kekal di dalam pasukan Man. United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN