Previu Persahabatan Antarabangsa: Kalah Kepada Singapura Bukan Satu Pilihan Buat OKS

Sejak dahulu lagi, Singapura dan Malaysia sentiasa bersaing sengit dalam bola sepak. Tradisi ini masih berterusan meskipun laungan Kallang (Kallang roar) dan sentimen Causeway derby semakin pudar.

Malam ini kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi.

Ranking kedua-dua negara tidak jauh bezanya. Malaysia di tangga ke-158. Singapura di tangga ke-155. Sebaik perlawanan bermula malam ini, semua fakta ini tidak relevan lagi.

Apa yang penting, jiran harus dikalahkan!

Prestasi semasa

Dalam 6 perlawanan terakhir mereka, Singapura kalah dalam 4 perlawanan terakhir dan hanya menang 2 kali. Kemenangan terakhir mereka adalah pada 3 Jun lalu, ketika menewaskan Myanmar 1-0.

Namun begitu, Singapura memiliki jadual perlawanan yang jauh lebih sukar berbanding dengan Malaysia dalam tempoh tersebut.

Sementara itu dalam 6 perlawanan terakhir, Malaysia pula merekodkan 3 kemenangan, 2 kekalahan dan 1 seri. Malaysia gagal menang dalam 2 perlawanan terakhir mereka.

s3

Rekod pertemuan

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu adalah pada November 2014 dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia (menang 3-1).

Sejak 2005, kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 16 kali. Secara pecahannya, Malaysia hanya menang 2 kali, kalah 7 kali dan seri 7 kali.

Jelas Singapura sentiasa ada motivasi dalam perlawanan ini.

Gambar di bawah menujukkan rekod head-to-head kedua-dua pasukan dalam 7 perlawanan terakhir.

s2

Singapura menang: 2
Malaysia menang: 2
Seri: 3

Fakta perlawanan

  • Singapura masih belum tewas di tempat sendiri untuk perlawanan persahabatan dalam 6 perlawanan terakhir
  • 6 perlawanan persahabatan terakhir Malaysia di tempat lawan berakhir dengan 1 kemenangan 2 seri dan 3 kekalahan
  • Singapura hanya gagal menjaringkan gol sekali dalam 7 perlawanan terakhir mereka, manakala Malaysia merekodkan 3 perlawanan tanpa jaringan dalam jumlah yang sama.
  • Singapura dibolosi 10 kali dalam 5 perlawanan terakhir mereka.
  • Manakala Malaysia dobolosi 7 kali dalam 5 perlawaan terakhir, 3 daripadanya adalah ketika menentang Indonesia

Pemain tumpuan

Mustafic Fahrudin (Singapura)

img_0327-1

Pemain tengah bertahan Tampines Rovers ini menjadi pemain penting dalam skuad Singapura. Beliau dijangka akan bergandingan dengan Harris Harun di bahagian tengah.

Beliau ada kemampuan untuk terlibat dalam serangan dan menjaringkan gol. Setakat ini, Mustafic sudah menjaringkan 8 gol di peringkat antarabangsa.

Safawi Rashid (Malaysia)

6b7c1574-2

Tidak pasti sama ada Safawi akan menjadi pilihan utama kali ini. Namun diharap penggempur T-Team ini meneruskan rentak semasa beliau di peringkat domestik ke peringkat antarabangsa.

Previu taktikal Malaysia

Datuk Ong Kim Swee kerapkali menggunakan 4-3-3 dalam beberapa perlawanan beliau. Isu kreativiti dan hantaran masih menjadi topik utama untuk skuad Harimau Malaysia.

Isu pertahanan yang rapuh juga menjadi perkara yang agak membimbangkan selepas aksi longlai berhadapan dengan Indonesia.

Selepas hampir pasti menggunakan 4-3-3 sebagai formasi utama, Ong Kim Swee harus menyelesaikan isu seperti siapakah kesebelasan utama beliau.

Beliau juga harus menyelesaikan peranan pemain seperti Amri Yahyah dan Hazwan Bakri yang masih belum ada peranan yang signifikan dalam pasukan beliau.

Cabaran untuk mengumpulkan pasukan yang beliau inginkan turut disuarakan oleh Ong Kim Swee.

Sebelum wisel

Walaupun ini perlawanan persahabatan ia tetap memiliki nilai yang tersendiri selain daripada membantu dalam ranking.

Ia adalah perlawanan yang akan menjadi pemanas badan yang penting sebelum Piala AFF Suzuki tahun ini.

Perlawanan malam ini adalah perlawanan derbi. Kalah bukannya satu pilihan buat kedua-dua pasukan.

Baca juga: Apa Peminat Malaysia dan Singapura Kata Selepas Perlawanan Singapura vs Malaysia Semalam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN