Previu: Uruguay & Rusia Bertemu Untuk Tentukan Siapa Juara Kumpulan A

Perlawanan Piala Dunia 2018 telah memasuki fasa ketiga peringkat kumpulan.

Uruguay menentang Rusia dan Arab Saudi bertemu Mesir dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan A yang dilangsungkan serentak pada jam 10 malam waktu Malaysia.

Penentuan juara

Dengan perlawanan di antara Arab Saudi dan juga Mesir dilihat tidak lebih sebagai perlawanan pelengkap jadual sahaja, perlawanan Uruguay-Rusia mempunyai signifikan yang lebih besar pada malam ini.

Hal ini kerana, kedua-dua pasukan masih terikat dengan 6 mata dan perlawanan ini dilihat sebagai penentu untuk mencari juara kumpulan.

Selain dari menjadi juara kumpulan, ganjaran yang menanti adalah pasukan yang memenangi kumpulan A adalah peluang untuk mengelak dari bertemu juara kumpulan B.

Walaupun begitu, situasi itu kurang signifikan kerana andai Sepanyol atau Portugal yang menjadi naib juara kumpulan B, ujian tetap sukar menanti mereka.

Namun itu merupakan perkara kedua yang perlu difikirkan, apa yang perlu dihadapi ketika ini adalah misi menyelesaikan tugas di padang pada malam ini.

Pemain tumpuan

Rusia pastinya mempertaruhkan ayam tambatan mereka iaitu Denis Cheryshev.

during the 2018 FIFA World Cup Russia Group A match between Russia and Saudi Arabia at Luzhniki Stadium on June 14, 2018 in Moscow, Russia.

Cheryshev telah menunjukkan aksi cemerlang beliau dalam 2 perlawanan yang lalu telah menunjukkan kredibiliti beliau sebagai pemain yang berkaliber.

Rusia pastinya bersemangat dalam usaha untuk menjadi juara kumpulan kerana mereka beraksi di hadapan penyokong mereka sendiri.

Bagi Uruguay, sandaran akan diletakkan pada Luis Suarez untuk memburu gol.

Beliau telah mula menujukkan taring beliau dengan menjaringkan gol pada perlawanan menentang Arab Saudi, dan pastinya untuk penyerang seperti beliau akan terus lapar memburu gol.

ROSTOV-ON-DON, RUSSIA – JUNE 20: Luis Suarez of Uruguay celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group A match between Uruguay and Saudi Arabia at Rostov Arena on June 20, 2018 in Rostov-on-Don, Russia. (Photo by Ryan Pierse/Getty Images)

Menarik untuk disaksikan pada malam ini mengenai bagaimana Suarez hendak merobek pintu gol Rusia kerana selepas 2 perlawanan mereka hanya memboloskan 1 gol sahaja itu pun menerusi sepakan penalti.

Sebelum sepak mula

Pertemuan ini pastinya akan menjadi tumpuan pada hari ini kerana kedua-dua pasukan mahu tamatkan saingan kumpulan sebagai pemenang.

Jadi, jangkakan aksi yang sengit dari kedua-dua pasukan.

Semoga berjaya buat Uruguay dan Rusia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN