Rusia 2018: Iran Susun Strategi Sekat Kemaraan Portugal

Kehadiran Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo dan status sebagai juara Eropah 2016 langsung tidak gentarkan Iran yang optimis mampu menyekat Portugal esok, seterusnya melangkah ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2018.

Iran memiliki senjata bahaya iaitu jurulatihnya, Carlos Queiroz yang cukup mengenali pemain-pemain Portugal kerana pernah membimbing skuad negara kelahirannya pada 2008 hingga 2010 dan 1991-1993.

Sejak Queiroz hadir sebagai pengendali Team Melli tujuh tahun lalu, dia juga berjaya membentuk kestabilan dalam bola sepak Iran, malah kekalahan tipis 0-1 kepada Sepanyol pada aksi kedua Kumpulan B, Khamis lalu tidak langsung mengikis keyakinan mereka.

“Sudah tentu kami bakal berdepan perlawanan yang sukar kerana Portugal antara pasukan terkuat dunia.

“Selama tujuh tahun membimbing Iran, pertemuan dengan Portugal adalah yang paling penting dan menarik buat saya.

“Kemenangan akan membawa kami ke peringkat kalah mati dan kami sudah cukup bersedia untuk melakar sejarah.

“Saya mahu memenuhi impian semua rakyat Iran, itulah tanggungjawab saya sepanjang di sini,” kata Queiroz dalam kem latihan Iran semalam.

Sementara itu, kapten Iran, Karim Ansarifard berkata, pasukannya telah banyak belajar daripada Piala Dunia terdahulu dan tahu bagaimana hendak menangani Portugal dalam edisi kali ini.

“Iran diketuai oleh jurulatih terbaik di dunia. Dia telah mengajar kami bagaimana hendak berlawan, jadi kami amat bersedia untuk menentang Portugal,” katanya.

Selepas mengalahkan Maghribi 1-0 dalam perlawanan pembukaan, Iran kini menduduki tangga ketiga Kumpulan B dengan mengutip tiga mata, satu mata di belakang Sepanyol dan Portugal.

Kata Ansarifard lagi, strategi serangan balas mungkin menjadi pilihan pasukannya dalam perlawanan di Mordovia Arena, dan mereka yakin Portugal mampu diatasi jika mereka beraksi sebagai satu unit, bukan individu.

Sementara itu, Ronaldo yang berkongsi senarai penjaring terbanyak kejohanan bersama Romelu Lukaku dengan empat gol sekali lagi bakal menjadi sandaran Portugal untuk merobek gawang lawan.

Kemunculannya, yang meledak hatrik ketika seri 3-3 dengan Sepanyol sudah cukup untuk membuatkan pemain lawan ‘kecut perut’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN