Previu UCL: Bayern vs. Real Madrid, Pertembungan Mentor Dan Protege

Awal pagi esok waktu Malaysia, Zinedine Zidane akan berhadapan dengan mentor beliau sendiri iaitu Carlo Ancelotti.

Ia adalah pertembungan blockbuster di dalam UCL musim ini. Melibatkan kelab yang paling berjaya di Sepanyol dengan yang paling berjaya di Jerman. Sama ada di peringkat domestik ataupun Eropah.

Dalam ranking terkini kelab UEFA, Real Madrid adalah no.1 dan Bayern Munich pula no.2.

Prestasi semasa

Bayern Munich tewas mengejut di tangan skuad Julian Nagelsmann pada minggu lalu. Mereka menang 5 daripada 6 perlawanan terakhir mereka.

Manakala Real Madrid masih belum tewas dalam 6 perlawanan terakhir mereka. Seri dengan Atletico Madrid beberapa hari yang lalu.

Rekod pertemuan

18 pertemuan dicatatkan kedua-dua kelab ini. 9 daripadanya milik Bayern Munich. 8 adalah milik Real Madrid. 1 pula berakhir dengan seri.

Kedua-dua pasukan memiliki rekod yang seimbang dalam 6 perlawanan terakhir mereka dalam pertemuan ini.

3 dimenangi oleh Real Madrid, manakala 2 lagi dimenangi oleh Bayern Munich.Manakala1 lagi perlawanan adalah seri.

Kali terakhir 2 pasukan ini bertemu di UCL adalah pada separuh akhir 2013/14. Real Madrid menang 4-0 di dalam perlawanan tersebut.

Perkembangan pasukan

Ketiadaan Mats Hummels Bayern, akan menyaksikan Jerome Boateng dijangka bergandingan dengan Javi Martinez.

Philipp Lahm kembali daripada penggantungan. Manakala 3 pemain masih dalam status berjaga-jaga dan tidak pasti akan cergas. Mereka ialah Manuel Neuer, Thomas Muller dan Douglas Costa.

Robert Lewandowski juga dilaporkan tidak hadir ke pusat latihan kerana masalah bahu.

Real Madrid akan kehilangan Raphael Varane dan Pepe. Pepe patah tulang rusuk ketika menentang Ateltico selepas bertembung dengan Kroos.

Nacho dijangka akan bergandingan dengan Sergio Ramos di bek tengah. Dani Carvajal juga dilaporkan tidak terlibat dalam latihan pasukan.

Pemain tumpuan

Thiago Alcantara (Bayern Munich)

Pemain lincah ini sering kali menjadi sumber utama binaan geraakan oleh Bayern Munich. Beliau dijangka akan bermain sebagai no.10 dalam formasi 4-2-3-1.

Sergio Ramos (Real Madrid)

Lupakan sebentar BBC. Kami memilih Sergio Ramos sebagai pemain tumpuan. Dengan krisis kecederaan di bahagian pertahanan, Ramos amat penting dalam mengetuai organisasi mereka di pertahanan.

Lebih-lebih lagi berhadapan dengan kualiti seperti Bayern Munich.

Sebelum wisel

Ini adalah pertembungan yang ditunggu-tunggu. Bekas ahli La Decima, Xabi Alonso dan Carlo Ancelotti hari ini di barisan askar lawan.

Bayern Munich dan Real masing-masing dalam kedudukan yang baik untuk menjuarai liga domestik. Zinedine Zidane adalah pengurus yang sentiasa tahu cara berhadapan dengan pengurus-pengurus yang berpengalaman.

Mentaliti yang dibawa beliau sejak dari bergelar pemain lagi.

Pasukan manakah yang akan menang dalam pertembungan pertama kali ini?

Baca juga: Adnan Januzaj: Prospek Muda Yang Pernah Bernilai 40 Juta Pound Satu Masa Dahulu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN